Baru sahaja semalam tular sebuah video di halaman tiktok @muhammadifzanshah di mana seorang rider grab telah mendapat pesanan untuk menghantar 3 ekor arnab ke bandar iaitu dari Kota Masai ke Paradigm Mall. Katanya dia baru pertama kali mendapat pesanan haiwan eksotik seperti itu ditambah pula dengan tempatnya yang agak jauh.
“Aku dah biasa hantar jauh just tak pernah hantar haiwan ezotik”
“jauh tu kota masai ke paradigm. gigil budak arnab tu”
“Jauh mat masai paradigm”
Di ruangan komen ramai yang menceritakan pengalaman yang hampir sama di mana mereka juga pernah menghantar haiwan.
“member saya rider lalamove bawak ular elok je bang HAHA tapi agak takut gak ah”
“kau okay lagi la dalam kotak ngam² dalam beg …aku pernah dapat kucing mat dgn sangkar die skali kau rasa “
“aku bawak lalamove bawak burung hidup bro.. burung seludup lak tu..habis kene tahan roadblock nak menjawab”
“Saya paling2 pelik pernah kene bawak lalamove hantar ikan hidup..risau ikan tu pening je ahahhaa”
Baca juga : “Rezeki Abg Grab…Sedekah Masjid Jgn Lupa”-Rider Grab Kutip Duit Di Jalan Raya
Baca juga : Rider Terima Duit Hampir Rm30,000 Hanya Bersikap Jujur Dgn Pelanggan
Lihat video di bawah :
View this post on Instagram
Lihat juga komen warganet :
@vinraa : yg penting abg nie selamat la naik moto sampai bando. aku cukup takut naik moto ke bando sebab banyak lori
@sayapbiru522 : aloooo knp comel sgt .. aduii berdekahh .. jahuhhh tu dr kota masaii
@Cik Puan Orange : Aku xbukak suara.. Aku bace subtitle. Die tulis peredaan. Aku kompius menatang ape tu. Rupenye paradigm
@yon : fuhh saya dari dahlia nak ke larkin pun 2 3 kali pikir hahahaha
@nad : okay la tu bang hidup lg.. klau tk agak² jd sate dh
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram