Sememangnya kasih sayang ibu bapa tidak terbelah bahagi kepada anak-anak nya.Ibu bapa mana je tak sayangkan anak mereka, dan sudah semestinya anak-anak juga sangat sayangakan ibu bapa mereka.
Baru-baru ini, tular di Tiktok akan video seorang pemuda yang plan untuk buat surprise kepada ibu bapa nya.
Baca juga : “Macam Anak Cikti Je”-Disangka Anak Kucing Rupanya…..
Baca juga : Ramai Sebak Lihat Anak Kecil Tidur Atas Kotak Tepi Jalan – “Mana Mak Bapak Dia..”
Pemuda tersebut menyamar dirinya menjadi seorang rider, untuk menghantar surprise sempena annivesary. Pemuda tersebut menghantar hadiah tersebut, kemudian membaca isi kandungan kad tersebut di depan ibu bapanya.
Lihat video di bawah :
@najmirsni Hidup perantauan berjauhan dengan family ✈️ 3 tahun tak balik .. Rindu Mama&Abah ❤️#tiktok #fyp #fypシ゚viral
Setelah selesai membaca isi kandungan dalam kad tersebut, pemuda tersebut segera mencabut topi keledar nya dan terpapar wajahnya itu.
Ibu pemuda tersebut terus menangis teresak-esok seolah-olah tidak percaya bahawa anak kesayangan nya itu ada di depan nya setelah 3 tahun tidak bersua.
Lihat apa kata warganet :
Sebak betul tengok pertemuan anak-beranak ni. Tiba-tiba saja mengalir air mata kita.
Sumber : Tiktok