Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok sismeyy98_, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang pengantin perempuan kecewa dengan hasil gambar-gambar majlis sandingnya. Beliau mengatakan upah jurugambar yang merupakan rakannya juga, dan semata-mata ingin memberi sokongan beliau turut membuat bayaran kepada jurugambar tersebut. Namun gambar-gambar itu telah membuatkan beliau berasa tidak berpuas hati dengan hasilnya.
Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan perkara ini sering berlaku dan beliau perlulah selidik terdahulu jurugambar tersebut. Ada juga yang berkongsi cerita pengalaman mereka menghadapi perkara yang sama. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 1.1M penonton, 18.5K sukaan dan 594 komen.
Pemilik akaun ini juga menulis kapsyen seperti ini:
“kekadang dlm memilih photographer ni, tkdenya istilah support business member ya. ingt tu.. baju da lawa2, tpi photographer hampeh. malu nk post gmbr bertandang sampaikn org ingt takbuat lagi majlis bertandang ,sapa pernah kena aniaya cmni dngn mmber?”
Baca lagi: Buat Kejutan Dekat Pengantin Last Minute, Mujur Semua Sporting. Meriah Habis
Baca lagi: Pengantin Wanita Buat Perjanjian Aneh, Bt Rmai Yg Tercengang
Lihat klip durasi pendek dibawah:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@HanafiGhazali: Sebab tu bab photo ni kena selidik dulu photographer tu..ramai antara kita selidik harga dulu lepas tu nyesal..tu knangn kita dan kta mmg kna memilih
@maissibiru: Dah terkena .. konon member nak asah skill last2 hauk.. gmbar kawen mmg xtayang rasa sedih pun ada
@kuetiaw hailam: prnh kene. kite nk support dia sbb pk org kite kenai.skli gmbr plg buruk. semu x cntik.
@Baman: Member2 saya pun ada yg nak upah ambikkan gambar wedding.. tapi saya ni lebih cenderung ambik gambo binatang risau
@Ummu Riza: Sama… Nk support photographer tu. Kwn suami.. Last2 lps 2 thn tak dpt2 gmbr. Tak edit
@H0b1_45ru1_d1n: sy free je tngkap gambar kawan sy nikah n kawen..hahahaha…tapi 2 lar kan…gambar die smpi skrg xprint lg…dh 10thn..hahahaha…die snyap je..
@ZEABEAUTY: Sy penah.. Masa bertunang dulu.. Dah tgkp gambar, pastu bila nak tanya bila siap, ckp gambar semua ilang.. Mmg bengangla
@Kanda3X.Co: sy alami perkara sama . niat nk tolong kawan sambil2 itu yg dpt rendah sikit dari biasa . gambar dpt raw xedit pun edit sekeping dua . allahu
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram