Beberapa hari yang lepas, kita dikejutkan dengan cerita di mana sekumpulan pelajar sekolah menengah bertindak berani dengan merosakkan harta benda sekolah. Video tersebut diperoleh dari status whatsapps salah seorang pelajar di situ dan telah disebarkan di dalam group whatsapps.
Melalui video yang tersebar tersebut dapat dilihat kelakuan pelajar-pelajat tersebut yang sangat teruk seperti membaling kerusi sehingga patah, menyepak pintu tandas, merosakkan kipas dan banyak lagi. Tindakan pelajar tersebut yang memuatnaik video tersebut akhirnya telah memskn diri sendiri.
“Budak “SMK TASEK?” Kelas 5SPV …boleh lah #PDRM kutip budak2 ni bagi merasa tidur dlm lokap (Ting 5 ni, last day sekolah)”
“Sekolah menengah ni min.. SMK Tasek kt Penang.. harap2 pihak sekolah dpt cari depa ni sampai dpt, lps tu mintak ganti rugi semua tu blk.. haram jadah punya perangai ni!”
Baca juga : “Mana Adab Student Sekarang Ye”- Konsultan Takaful Sekolahkan Student
Baca juga : Kegembiraan 7 Rakan Bertukar Tragedi, Pelajar Sekolah Lemas Di Tasik Cermin
Dikatakan tindakan telah diambil berdasarkan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak alumni sekolah di group whatsapps.
Lihat posting di bawah :
https://twitter.com/jnmalaysia/status/1626795754621923328?cxt=HHwWgMDTxdSHxZMtAAAA
Lihat juga apa komen warganet :
“You’ll be surprised that every school msti ada bdk2 mcmni. Baru tukar pintu tndas, minggu dpn dh tkde. Kna ganti baru. Baru cat dinding penuh dgn contengan, esok dh ada “lukisan” baru. Tu semua prlukan duit tauuu. Yg peningnya, cikgu “
“CARI DIAORANG SAMPAI DAPAT !! PERANGAI MACAM SI..”
“Perangai macam puaka! Tolong ambil tindakan dekat budak2 ni. 10 20 tahun nanti jadi malaun perangai gangster dekat luar nanti!”
“bila sekolah mintak sumbangan rm10-50 duit pibg.. apa mak ayah cakap? mahal! kami takdak duit banyak tu nak bagi ! kami anak ramai ! hakikat nya”
“Aku dah nampak masa depan budak2 ni. Mesti dapat tawaran jadi askar,polis atau bomba.”
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Twitter @Jabatan Netizen Malaysia