Dua orang pelanggan terperanjat besar apabila mendapati burger yang dibeli oleh mereka daripada sebuah restoran makanan segera yang terkenal didapti mengandungi lintah. Insiden tersebut berlaku di Stoke Staffordshire di London ketika Aimee Welch yang berusia 18 tahun, manakala Josh Bakin yang berusia 19 tahun membeli burger secara ‘take away’ di restoran Festival Park, cawangan McDonald’s.
Burger itu kemudian dibawa pulang untuk dimakan di rumah. Walaubagaimanapun, ketika membuka bungkusan burger, Bakin terkejut menemui sejenis objek yang berlendir yang pada mulanya disangkakan acar tapi bila lihat dengan betul rupanya lintah.
Josh Bakin juga mengatakan:
“‘Benda’ itu berada di atas keju dan daun salad, dan bila melihat dengan teliti rupanya ia seekor lintah! Saya tidak mahu pergi ke restoran itu lagi dan insiden tersebut sangat menjijikkan”
Baca lagi: Makanan Kilang Dibuang Di Kwsn Pelupusan Sampah, Tarik Perhatian Ramai
Baca lagi: “Bapak Ahh Meriah Gila Ulat..”- Terkejut Ada Ulat Sampah Pada Makanan
Kemudian itu, mereka kembali semula ke cawangan tersebut dan memberitahu pihak restoran mengenai burger yang dibeli oleh mereka. Setelah itu, mereka diberikan pampasan sebanyak Rm29 (5 Pound) oleh pengurus restoran. Mereka turut mengembalikan burger dan juga lintah kepada cawangan restoran terbabit.
Menurut jurucakap cawangan McDonald’s, hasil siasatan yang dijalankan oleh mereka mendapati tiada bukti yang menunjukkan burger itu tercemar dengan benda asing di premis mereka. Pengurus restoran tersebut juga telah meminta maaf kepada Aimee dan Josh mengalami pengalaman sebegitu.
Jurucakap McDonald’s juga memberitahu bahawa pihak restoran telah menghubungi kedua pelanggan tersebut untuk meminta maaf dan menyelesaikan perkara itu serta merta.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA