Baru-baru ini, pakar Pendidikan dari Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, sekolah di Semenanjung Malaysia perlu bermula jam 8 pagi.
Katanya, cadangan ini bagi meraikan konsep Malaysia Beradab dan slogan ‘Pelajar Bahagia, Guru Bahagia, Sekolah Bahagia dan Negara Sejahtera’.
Menurut Sinar Harian, beliau berkata kerajaan perlu bersikap belas dan empati terhadap keadaan guru, ibu bapa dan anak-anak yang terpaksa bangun seawal jam 4:30 pagi memandangkan sesi persekolahan sekarang bermula jam 7:30 pagi.
Jika berada di bandar, seawal jam 6 pagi perlu meredah kesesakan lalu lintas untuk ke sekolah. Di sekolah luar bandar, kanak-kanak kecil terpaksa berjalan menaiki beca dan berlumpur. Ada yang terpaksa berjalan di laluan kecil. Sesetengah kanak-kanak terpaksa pergi ke sekolah dengan menaiki bot ketika masih gelap.”
Tambahnya, langkah itu juga membolehkan anak-anak bersarapan bersama keluarga dan bukannya perlu tergesa-gesa ke sekolah.
Jika kerajaan mengambil berat tentang kesejahteraan dan kesihatan rakyat, apa salahnya kita melakukan sesuatu yang betul untuk rakyat dengan memulakan sesi persekolahan pada pukul 8 pagi,” jelasnya.
Beliau juga berkata, bagi melaksanakan cadangan itu, Kementerian Pendidikan juga disaran mengurangkan sesi persekolahan sebanyak 15 minit bagi sesi pagi dan petang.
Komen Dr.Anuar sejak itu telah menjadi tular di media sosial ketika rakyat Malaysia mempertimbangkan sama ada ia tindakan yang baik atau tidak. Majoriti rakyat Malaysia nampaknya tidak bersetuju sama sekali dengan beliau dan berkata tidak perlu mengubah sesuatu yang tidak salah.
Jadi, apa pula pendapat anda ?
Sumber : Sinar Harian
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Penyelam yang mencari enam mangsa, termasuk jutawan teknologi dari United Kingdom (UK) Mike Lynch, yang hilang selepas kapal layar mewah karam di Sicily, berjaya...