Home Hiburan “Macam pakcik tunggu bini menyembang kat kenduri,” – Fattah Amin Setia Tunggu...

“Macam pakcik tunggu bini menyembang kat kenduri,” – Fattah Amin Setia Tunggu Fazura Berbual Dengan Peminat

275
0

Sejak berkahwin dan menimang cahaya mata pertama, pasangan selebriti Fazura dan juga Fattah Amin dilihat kurang aktif dalam industri hiburan. Selain sibuk menguruskan si kecil Nur Fatima Aisya yang semakin lasak, mereka juga giat mengendalikan perniagaan menerusi sosial media.

Jika kita mengikuti akaun Instagram pasangan ini, pasti mengetahui bahawa dia rajin membuat IG live bagi berinteraksi dengan peminat ataupun mempromosikan mana-mana produk termasuklah jenama keluarannya sendiri. Selain itu, mereka juga terkenal dengan personaliti yang baik dan merendah diri serta sangat menjaga hubungan dengan para peminat.

275198311 530282325162962 8117450879423786647 n 1

Baru-baru ini menerusi satu video tular di laman Tiktok yang dimuat naik menerusi akaun fazura.klstokis, kelihatan Fazura sedang berbual dengan peminat, sambil ditemani oleh Fattah Amin.

Apa yang mencvri tumpuan ialah Fattah Amin yang nampak sangat tenang menunggu Fazura. Selain itu gaya pakaian dan sandal yang dipakai Fattah Amin turut menjadi buah mulut warganet.

Video:

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 1.1 juta tontonan, 87.6k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata memuji sikap humble Fazura dan Fattah Amin, serta pemakaian mereka yang kelihatan sangat bersederhana.

Untuk makluman, Fazura berkahwin dengan Fattah pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel di ibu kota.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang dilahirkan pada 2 Oktober 2020.

Komen netizen:

 

1 1

2 1

3 1

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: tiktok fazura.klstokis

Previous article“Nak Habiskan Nyanyian, Lepas Tu Dapat Upah Chicken Chop,” – Pernah Masuk Bintang Kecil, Ramai Terhibur Lihat Telatah Comel Ernie Zakri
Next article[VIDEO] Baru Hari Pertama Berniaga Jadi Macam Ini…- ‘Allah Uji Tanda Sayang, Tetap Senyum’
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here