Hantaran terbaharu pelakon Niezam Zaidi telah menarik perhatian ramai peminat dan pengikutnya di laman Instagram. Dalam hantaran tersebut, difahamkan Niezam atau nama sebenarnya Mohd Niezam Mohd Zaidi telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 29 pada Selasa (26 Oktober 2021).
Niezam Berterima Kasih Atas Doa
Di kesempatan itu, Niezam yang popular menerusi filem Budak Pailang mengucapkan terima kasih atas doa yang dit.iti.pkan buatnya selama ini.
View this post on Instagram
“Assalamualaikum, terima kasih banyak-banyak kerana banyak mendoakan untuk saya semoga anda semua dirahmati, diberkati oleh Allah SWT” ujar Niezam
Dalam pada itu, Niezam turut bersyukur atas segala ketentuan yang diberikan terhadapnya dan menganggap ia sebagai sebuah takdir qada dan qadar seperti mana dalam kepercayaan agama Islam.
“Alhamdulillah, Alhamdulillah atas segala ketentuan takdir qada dan qadar. Alhamdulillah. Assalamualaikum” katanya lagi
Rakan Selebriti Doakan Niezam
Menjengah ke ruangan komen, selain peminat rakan-rakan selebriti seperti Nabila Huda, Bella Dowanna, Cat Farish, Nadzmi Adhwa turut meninggalkan ucapan serta doa buat Niezam.
Terdahulu, Niezam men.ga.ku bersalah di Mah.kamah Majistret Kuala Kangsar, Perak atas tu.du.han me.mil.iki da.d.a.h. Selain Niezam, pengarah filem, Mohd Latiff Zami, 49, dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 46, turut men.ga.ku bersalah atas per.tud.uh.an sama.
Berdasarkan kertas per.tu.d.h.n, Niezam didapati ada dalam milikannya 1.15 gram da.d.ah ber.ba.ha.ya jenis Cannabis di rumah di Taman Chandan Putri, di sini, 7.15 pagi, 10 Oktober lalu. Per.tu.du.han dibaca mengikut Seksyen 6 Akta Da.d.ah Ber.ba.ha.ya (ADB) 1952 ke atas Niezam dan Mohd Latiff yang memperuntukkan hu.k.uman den.da tidak melebihi RM20,000 atau pen.jara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sa.bit ke.sa.la.han.
Susulan itu,peguam yang mewakili ketiga-tiga mereka memohon untuk jumlah jaminan diringankan dan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari akhirnya membenar mereka dijamin dengan RM3,000 kepada Niezam, RM2,600 kepada Mohd Latiff dan RM3,200 kepada Saiful Zaidrin, masing-masing dengan seorang penjamin. Ke.s disambung pada 1 Disember depan untuk sebutan semula bagi per.tu.duhan mereka.
Sumber: Murai my