“TANGAN bawa tuah!” itulah ungkapan seorang ibu tentang tanda lahir yang ada pada anaknya.
Video yang dimuat naik oleh wanita berkenaan memaparkan tanda lahir pada lengan kiri anak lelakinya yang berubah bentuk, saiz dan warnanya seiring peningkatan usia.
Perkongsian tersebut setakat ini meraih hampir 20,000 tontonan di aplikasi TikTok.
Berkongsi kisahnya dengan mStar, Nurul Adila Jamaludin, 29, berkata tujuan video tersebut dikongsi adalah untuk memberi kesedaran dan maklumat kepada masyarakat mengenai tanda lahir itu yang dikenali sebagai Strawberry Hemangioma.
Menurut Nurul Adila, ketika baru melahirkan Iman Mikhael Muhd Amirul Hazim, doktor memberitahu tanda lebam pada tangan anaknya itu adalah kesan di.cu.cuk ja.rum, namun semakin lama ia menjadi semakin jelas dan timbul.
“Sebenarnya saya buat video sebab nak beri kesedaran kepada orang ramai tentang perkara ni. Bila jadi dekat anak sendiri baru saya tahu ramai sebenarnya tak tahu pun pasal tanda lahir seperti ni.
“Sejak lahir lagi dah nampak tangan anak lebam tapi dok.tor cuma cakap ia disebabkan bekas ja.rum, jadi saya pun tak fikirkan sangat. Tetapi selepas seminggu terus naik warna merah keunguan dan semakin hari semakin timbul.
Tanda lahir tersebut mula hi.lang sewaktu Iman mencecah umur tiga tahun.
“Bila dah jadi macam tu, saya sebagai ibu kena lebih berhati-hati sebab takut pembuluh darah pada tanda lahir dia pecah kalau ter.luka. Saya kena pantau bila dia tengah bermain, mainannya pula semua tak boleh yang ta.jam-ta.jam,” katanya yang menetap di Semenyih, Selangor.
Lebih mesra disapa Dila, katanya, dia pada mulanya berasa tertekan apabila orang se.ke.liling memandang serong melihat tangan anaknya walaupun ia hanya sekadar tanda lahir.
Malah ada juga yang geli dan beranggapan ia akan berjangkit dan tidak mahu anak-anak mereka mendekati Iman Mikhael.
“Bila saya bawa anak keluar memang akan ada yang pandang pelik, terus melulu cakap tangan Iman berkudis tanpa bertanya dahulu.
“Awal-awal dulu stres jugalah tapi saya percaya anak ni pembawa rezeki dan selagi dia sihat saya dah sangat bersyukur.
“Pernah sekali saya masuk ke kedai dengan Iman, ada seorang kanak-kanak ni nak datang dekat anak saya. Biasalah, budak kecil kan suka nak main dengan bayi.
Saya cuma nak orang di luar sana yang tak tahu untuk banyakkan bertanya.
NURUL ADILA JAMALUDIN
“Tiba-tiba mak dia men.je.rit tak bagi anak dia main dengan Iman sebab nampak tangan dia ada tanda lahir. Dia kata ta.kut apa yang ada di tangan Iman tu akan ber.jang.kit pada anaknya.
“Ketika itu saya rasa se.dih sangat dan terus keluar dari kedai tersebut. Selepas ke.ja.dian itu, setahun jugalah saya pakaikan Iman baju lengan panjang sahaja kerana tak mahu orang te.gur,” ujarnya yang merupakan seorang suri rumah dan mempunyai bisnes menjual makanan secara online.
Jelas ibu kepada dua anak ini, sepanjang tempoh membesarkan Iman yang kini sudah berusia tiga tahun, ramai yang memberi cadangan kepadanya untuk membantu meng.hi.lang.kan tanda lahir tersebut.
Bagaimanapun dia sekeluarga menerima seadanya keadaan anak mereka, malah salah seorang ahli keluarga suaminya, Muhd Amirul Hazim Anuar, 29, juga mempunyai tanda lahir yang serupa.
“Ramai yang menyarankan untuk buat pem.be.da.han, rawatan kampung dan bermacam-macam lagi untuk hilangkan tanda lahir Iman. Tetapi bila rujuk pada hos.pi.tal, dok.tor kata tanda lahir Iman ni akan hilang.
“Memang betul pun sebab waktu dia berusia dua tahun setengah, tanda lahir itu perlahan-lahan hilang dan tinggal kesan le.bam merah sahaja.
Salah seorang ahli keluarga Amirul (dua, kiri) juga mempunyai tanda lahir seperti Iman Mikhael.
“Alhamdulillah keluarga saya dan suami terima anak kami seadanya. Lebih-lebih lagi apabila kami dapat tahu keluarga belah suami pun ada juga tanda lahir sama macam Iman, cuma tak timbul tetapi kekal sampai tua.
“Saya cuma nak orang di luar sana yang tak tahu untuk banyakkan bertanya. Tak perlu cakap benda-benda yang tak sepatutnya, sebab dekat luar negara benda ni adalah perkara biasa cuma ja.rang berlaku di sini,” katanya.
Sekadar PErkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber:Mstar