Home Info 7 Ahli Parlimen BN Letak Jawatan, Ini Penjelasan Zahid Hamidi

7 Ahli Parlimen BN Letak Jawatan, Ini Penjelasan Zahid Hamidi

322
0

7 Ahli Parlimen BN letak jawatan, ini penjelasan Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa tujuh Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) akan meletak jawatan.

Beliau berkata, perkara itu hanya khabar angin berikutan mereka terikat dengan aku janji yang sudah ditandatangani sebelum ini.

jahid

“Apa yang paling penting, kita tunggu sampai akhir penggal dan jika mahu lakukan tindakan politik yang sebaliknya, kita harus melihat mandat dan watikah sudah diberikan kepada mereka bagi mewakili parti dan bukan diri sendiri.

“Ini dah ditandatangani oleh mereka di dalam aku janji dan dalam dokumen diikrarkan hadapan saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutupan Madani Ride PDRM ISBC di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Lokman Noor Adam menerusi rakaman video mendakwa tujuh Ahli Parlimen akan meletak jawatan masing-masing.
Beliau mendakwa Ahli Parlimen terbabit adalah empat di Johor dan masing-masing satu di Pahang, Sabah serta negeri di Utara.

Previous article“Tu Memang Saya dan Bekas Isteri, Kami Berduaan Sebab…” – Zainal Abidin Beri Penjelasan Mengenai Video Makan Bersama
Next articleNikah Bapa BFF Sendiri dan Report Polis, sekali Bekas Isteri ND Lala Dedah Kebenaran Mengenai Rumah Tangga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here