Home Semasa “3 Jam Stuck Kat Sini Woii”-Lori Tangki Terbalik Selepas Terowong Menora

“3 Jam Stuck Kat Sini Woii”-Lori Tangki Terbalik Selepas Terowong Menora

190
0

Baru sahaja semalam tular sebuah video situasi di jalan raya di mana ketika itu sebuah lori tangki telah terbalik dan mengakibatkan minyak tumpah di atas jalan raya. Kejadian tersebut telah menyebabkan jalan raya pada lewat petang semalam berada dalam keadaan yang amat sesak berikutan kerana pihak bomba sedang berusaha menghilangkan kesan minyak yang tertumpah tersebut. Kejadian ini berlaku selepas terowong menora menghala ke ipoh.

Menurut sumber, polis telah mengarahkan supaya kereta-kereta di situ untuk berpatah balik.

“Polis kt depan tu yg suruh patah balik. Penyudah kena pusing balik sbb stuck. Pastu tak tahu la apa jadi kt atas tu. “

“Tula terkena pulak kali ni. Merasa la fefeling bawak kereta lawan arus”

Baca juga : Pemandu Lori Sanggup Ke Tepi Untuk Selamatkan Nyawa Orang Lain

Baca juga : “Steady Bezza Alert” – Rakaman Dashcam Kemalangan Tarik Perhatian

Menurut pemilik video, dia dan keluarganya telah tersangkut di situ selama 3 jam bersama dengan anak-anaknya yang masih kecil.

“Iyer. Saya ada 4 org anak. 10 , 8, 5 dan 3bulan. Ada juga la dramanya. Menangis sbb takut. Kencing pon cara survival “

Lihat klip rakaman di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen warganet :

@peace : tak blh bayang kalau sakit perut+ nak terkencing sgt2

@Mannn : Semalam ayah nak plan balik kedah, last2 xjadi sbb ada org ckp jalan xblh lalu

@Mommy Mika : Cmna la org yg ada anak kecik tu. Kalau sy taktau la. Mau call family dr arah ipoh suruh ambik kt jalan sebelah. Tinggai terus kete dlm jem tu

@callmeyaya : nasib baik si kecik tu tak meragam kalau x pening mak nya

@fwza : nasib sy smlm buka waze awal klu x sgkut jgk kt mnora..sudahnya ext kuala lalu jln dlm.. klu x pishangg sgkut jammed

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Tiktok dan Instagram

Previous article“Influencer Singapura Bantu Kutip Dana Mangsa Banjir Di Malaysia”-Tak Sangka Tengok Jumlah Kutipan Dia
Next article“Wow ! Wanita Berusia 64 Tahun Beri Inpirasi Kepada Anak Muda”-Tak Sangka Ini Sebabnya..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here