Home Viral 3 ditemui maut dalam kereta di R&R Yong Peng, Dipercayai Tertidur Kepenatan

3 ditemui maut dalam kereta di R&R Yong Peng, Dipercayai Tertidur Kepenatan

166
0

Sejak semalam, tular di media sosial beberapa gambar menunjukkan tiga mayat yang ditemui di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Yong Peng.

Tiga mangsa ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta

Perkongsian yang diperoleh daripada pihak bomba telah dimuat naik di beberapa akaun Facebook seperti Johor Post apabila memaklumkan tiga mangsa dipercayai dua orang lelaki dan seorang wanita meninggal dunia di dalam sebuah kereta jenis Perodua Alza.

Mangsa warganegara Myammar

Memetik laporan dari Harian Metro, mangsa yang berusia 23 hingga 27 tahun itu merupakan warganegara Myammar dikenali sebagai Myo Htet, 25, Zaw Naing, 23, dan seorang lagi wanita, Khin Mar Yee, 27.

Mereka dipercayai tidak sedarkan diri kerana tertidur berkemungkinan penat di Hentian Yong Peng sebelum orang awam cuba membantu dengan memecahkan tingkap kereta bagi mengeluarkan mereka.

Walau bagaimanapun, ketika pihak perubatan tiba, ketiga-tiga mangsa yang berjaya dibawa keluar itu sudah meninggal dunia.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh, Penguasa Bomba Kanan II Suhairulair Sarip, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.59 malam dan seramai enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati ketiga-tiga mangsa sudah dikeluarkan orang awam yang kebetulan berada di lokasi.

“Semua mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam perjalanan ke Pasir Gudang

Dalam pada itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani telah mengklarifikasikan kematian tiga warganegara Myammar itu sebagai mati mengejut.

Setakat ini siasatan masih lagi dijalankan dan menunggu keputusan bedah siasat.

Berdasarkan siasatan awal, mereka bertiga mungkin dalam perjalanan ke Pasir Gudang.

“Setakat ini polis buka kertas siasatan sebagai mati mengejut, namun semuanya bergantung kepada laporan bedah siasat yang akan diperoleh kelak.

“Siasatan awal juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemukan pada ketiga-tiga mangsa di lokasi kejadian,” katanya.

Rekod yang diperoleh mendapati mereka mempunyai pasport dan bekerja di Pasir Gudang,” katanya.

Difahamkan, orang awam mulai curiga apabila kereta MPV terbabit berhenti terlalu lama dengan pendingin hawa dimatikan sebelum melihat ada tiga individu dalam kereta yang berkunci dan tertutup rapat.

Lantaran itu, orang awam telah memecahkan tingkap di bahagian pemandu sebelum mendapat ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan kaku.

Lihat klip gambar di bawah:

361922883 254853600626472 9129770923417586686 n

F1VLiDxaEAA5VSi

Sumber: Facebook

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’7′]

Previous articleAkui susah nak mengorat sewaktu kenal, MK bawa isteri naik belon udara panas
Next articleIsteri kantoi Curang dengan Suami Orang Lain, sekali tindakan Pihak Mahkamah mengejutkan ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here