KUANTAN: Pasukan penyelamat mula memindahkan keluarga yang kediaman mereka dilanda banjir ke pusat pemindahan berikutan hujan lebat yang melanda ibu negeri sejak semalam.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam negeri berkata setakat 2 petang hari ini, hujan lebat dan cuaca suram menyebabkan 1,310 orang daripada 342 keluarga terpaksa dipindahkan ke enam pusat pemindahan di sini.
Beliau berkata Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Dato Manan mempunyai 560 mangsa diikuti Wisma Belia Indera Mahkota (300), balai Taman Tas (220 orang), balai Sri Mahkota (143), balai Sri Damai (57) dan balai Jaya Gading (30).
Baca juga : Akibat Jalan Banjir, 3 Calon SPM Naik Helikopter Ke Sekolah!
Baca juga : Terharu ! Pasangan Suami Isteri Selamatkan 12 Ekor Kucing Kerana Banjir
“Mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan secara berperingkat mulai 10 pagi hari ini. Ada yang tiba sendiri dan ada yang diselamatkan oleh Angkatan Pertahanan Awam bersama agensi lain.
“Kebanyakan kawasan Kuantan masih hujan dan melihat keadaan semasa, mangsa banjir dan PPS mungkin bertambah lewat hari ini,” katanya sambil menambah penempatan yang ditenggelami air termasuk Seri Damai dan Kampung Pandan di sini.
Sumber : New Straits Times