Home Kehidupan Rezeki Mangsa Banjir, Seorg Nelayan Dpt Ikan Kelah Merah Bernilai Rm3 Ribu

Rezeki Mangsa Banjir, Seorg Nelayan Dpt Ikan Kelah Merah Bernilai Rm3 Ribu

125
0

Bak kata orang, kalau sudah rezeki pasti tidak salah alamat. Itulah nasib yang menimpa seorang nelayan yang dikenali sebagai Abd Hadi Sulaiman yang berusia 47, berasal dari Sungai Tanum Di Kampung Chegar Perah, Lipis.

Sebelum ini, penduduk kampung mereka berdepan dengan banjir hingga air masuk melimpah ke dalam rumah. Ketika air surut dua hari lalu, Abd Hadi Sulaiman mengambil kesempatan untuk memasang jaring sambil berharap pada tuah untuk memperoleh ikan liar untuk dijual bagi menampung pendapatan dan perbelanjaan selepas ditimpa banjir.

Abd Hadi Sulaiman mengatakan, pada 6.30 petang beliau turun memasang jaring di sungai Tanum berdekatan rumah sambil berdoa serta berharap ada rezeki ikan liar terperangkap dalam jaringnya. Apabila beliau turun ke sungai pada jam 7 pagi, beliau melihat jaring yang dipasang ternampak bergoyang dengan kuat seolah-olah seekor ikan besar tersangkut di samping menggelepar sehingga air berkocak di permukaan sungai.

Baca lagi: “Kami Beli 10Kg Ikan Segar Untuk Jamu Kucing2 Jlnn”- Ucpn Terima Kasih Dari Rescuer Kucing

Baca lagi: Ikan Gergasi Seberat 45Kg Ditemui, Skli Nama Ikan Ini Pula Menarik Perhatian Rmai

sinetronmalaya.com Rezeki Mangsa Banjir Seorg Nelayan Dpt Ikan Kelah Merah Bernilai Rm3 Ribu ddd

Abd Hadi Sulaiman sangat gembira apabila jaring beliau telah dimakan ikan, namun setelah jaringnya diangkat ternampak seekor ikan kelah merah bersaiz besar yang tidak pernah ditangkapnya sejak dia mulai menjadi nelayan di Sungai Tanum 20 tahun yang lalu.

Dikatakan juga ikan kelah merah bersaiz besar itu seberat 12.4kg dan menyebabkan beliau terpegun seketika sambil membayangkan jumlah pendapatan hari tersebut. Berdasarkan pasaran semasa, harga sekilogram ikan kelah merah ialah Rm250 dan menurutnya anggaran keuntungan yang diperolehnya adalah kira-kira Rm3,100.

Beliau turut bersyukur dengan rezeki yang diperolehinya dan bercadang untuk memasang semula jaringnya di tempat yang sama dengan harapan adalagi ikan yang tersangkut untuk dijadikan juadah mereka sekeluarga.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SAJA

Previous articleLebih Kurang 1,300 Mangsa Banjir Di Kuantan Telah Dipindahkan, Hujan Tidak Henti-Henti Sejak Semalam
Next article“Mummy Mengalu-Alukan Netizen Memaki Hamun Mummy..” – Mas Idayu
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here