Menerusi satu klip dari sebuah yang hangat diperkatakan kini iaitu Nusyuz Berkiblat Cinta kini menjadi bualan ramai dengan tindakan suami isteri yang tidak mengerti apa itu perkahwinan. Pergaduhan demi pergaduhan ditayangkan untuk mencari siapa yang patut dihormati ini menjadikan drama ini dikatakan seperti mengambil kisah nyata yang berlaku dalam realiti semasa dan pelbagai pujian diberikan kepada produksi drama tersebut kerana dapat menjadikan drama tersebut sebagai sebuah pengajaran kepada mereka yang ingin memulakan rumah tangga dan sudah pun berumah tangga. Lakonan mantap dari Emma Maemobong yang memegang watak sebagai Hawa dan Fikry Ibrahim menjadikan drama tersebut menjadi kegilaan ramai dan tidak sabar menonton.
Difahamkan melalui klip tersebut, suami kepada Hawa dikatakan menyelongkar privasi isteri beliau dan dapat mengesan bahawa isteri beliau cuba untuk membohongi beliau dan tidak berkata jujur. Ketika melihat isteri beliau pulang ke rumah, beliau terus menyoalkan perkara tersebut kepada isterinya kerana menginginkan satu penjelasan yang kukuh. Namun lain yang terjadi apabila soalan tersebut membuatkan isterinya marah dan terus menengking keras ke arah muka suami dengan menyatakan bahawa beliau tidak suka suaminya menyelongkar privasi beliau dan memberi amaran untuk suaminya. Lantasan itu ketika suami beliau cuba untuk berkeras beliau ditampar oleh isterinya kerana terlalu emosi dan serabut dengan keadaan tersebut.
Tontonan penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti :
@scyara ♡:ni la version melayu utk kes johnny depp v amber heard
@MOHD RIYADH:banyak da perempuan mcm ni zaman skrg..terbaik pengarah amek dari kisah benar
@Nur Sheera:Emma maebong she was very good in acting
@Emi.:Knp la tk cerai je geramnya aku
@zzqqqryy:Everything in her hands is weapon
@Kaka:Sumpah padu gila emma belakon dlm cita ni. Teringat scene tok kadi pun kena maki
@Aida Alisha:aku perhatikn kluarga prempuan tk cmpur hal dia..
@Khairul:dapat kat bini aku la dia buat camni..wallahuallam la ape jadi..
@Ashraf_Huuu:Nie laa citer melayu…citer yg boleh jadi contoh..untuk isteri2 diluar sana untuk derkaha pada suami…
@Danielx:klu aq dh bawak kes mahkamah mcm johnny depp… men’s live matter you know
@SweetTalker<3:Ada pon drama melayu yang menyakitkan hati
Babak itu bersambung apabila kesabaran suami Hawa sudah mencapai ke tahap maksima dengan menyatakan bahawa isteri beliau merupakan isteri derhaka namun kenyataan itu ditepis dengan menghentam suami beliau dengan menggunakan beg tangan dan terus berlalu pergi emninggalkan suaminya. Babak tersebut membuatkan ramai netizen beremosi dan terasa sakit hati melihat tindakan Hawa yang tidak hormat dengan suami beliau. Segelintir netizen menyatakan bahawa keadaan tersebut itu juga berlaku kerana salah si suami kerana cuba menyentuh hak privasi isteri dan tidak percaya dengan isteri sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari Tiktok dan Instagram