Home Hiburan “Macam Tak Kena Je Tapi..”- Gabungan Suara Tokti Dan Aliff Aziz Nyanyi...

“Macam Tak Kena Je Tapi..”- Gabungan Suara Tokti Dan Aliff Aziz Nyanyi Lagu Raya, Netizen Timbul Perasaan Aneh Bila Dengar

135
0

Hari raya bakal menjelang bagi seluruh umat islam sedunia dan kini ramai artis tanah air cuba mendendangkan lagu raya yang dihasilkan oleh mereka dan membuatkan ramai yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman untuk menziarahi keluarga dan sanak saudara. Pelbagai versi lagu raya diperdengar dan menjadi kesukaan bagi semua rakyat Malaysia dan baru baru ini dikhabarkan dengan lagu yang menjadi tradisi dan hangat ketika raya iaitu ‘Senandung Hari Raya Untukmu’ telah dinyanyikan lagi menggunakan versi gabungan dari penyanyi ikon tanah air iaitu Dato Siti Nurhaliza dan gandingan mantap iaitu Aliff Aziz yang mempunyai suara yang begitu unik iaitu suara serak basah. Lagu yang mereka nyanyikan itu terasa hingga ke hati kerana dapat membuatkan segelintir netizen mengalirkan air mata kerana terlalu lembut dan syahdu.

Difahamkan lontaran suara Tokti ketika menyanyi begitu merdu, berlemak dan lunak sekali apabila menyapa di telinga namun apabila digandingkan dengan penyanyi lelaki sperti Aliff Aziz yang mempunyai suara serak basah seperti tidak ada satu ‘chemistry’ ketika menyanyi. Suara yang dilontarkan oleh Aliff terus tenggelam kerana suara Tokti mengatasi suara penyanyi lelaki tersebut. Namun disebabkan profesional antara mereka yang sudah lama berkarya dalam industri muzik ini membuatkan lagu tersebut sedap didengar. Kelunakan Tokti tidak dapat disangkal lagi kerana ada yang menyatakan bahawa beliau seolah menyanyikan lagu tersebut seperti membawa lagu beliau sendiri. Aliff Aziz juga mendapat pelbagai pujian mantap kerana kemahiran menguasai bakat nyanyian semakin terselah sejak memenangi sebuah acara program baru baru ini.

Rakaman penuh boleh ditonton di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)


Pelbagai komen diberikan seperti :

@Danial سعيد:Ni baru la lagu raya yang berkualiti

@HIJAU DAUNZ:Kalo perasan, Tok Ti kebanyakkan nya akan berduet dgn lelaki suara “maskulin”. Aliff Satar, Aliff Aziz, Tan Sri S.M Salim. Sbb suara Tok Ti merdu

@ZFabdwahed:tenggelam suara serak basah aliff aziz tu…

@user5139008869819:mcm ada yg x kena gabungan ni

@aishah sarwi:sedap betol suare tokti….sampai ke hati …ters raye nk dekat dh

@azuwapacat:khai bahar , aina , erni zakri , haqiem rusli , sufian suhaimi seangkatan dngannya tu . cuba kluar lagu raya version ginih . suara dorg smua ni brlmak

@atiqahnorsa:“Disamping ayah serta bonda” air mata terus mengalir. Al-fatihah untuk arwah abah. Raya pertama tanpa Abah

@zuleis:suara yg mantap bergabung terbaik

@Ceo of rumahtangga:mahal betul part “daku kirimkan” tokti ni. melting nya………

@NAMMY:lagu lama juga syoqqq .. baru la ada feel bila mood nk blk kg nk. beraya… yg baru entah apa2 la…

@Kang Notfu:finally ada jgk lgu raya yg lekat kt telinga aku although remake

@ZackIskandarSalleh:mcm ni baru ada suasana raya , tak ade penari2 meloyakan..

Perasaan para netizen yang berasa aneh ketika mendengar nyanyian hebat dari Tokti dan Aliff itu kerana mereka dapat menitiskan air mata kerinduan buat keluarga tercinta.Walaupun mereka mendondangkan lagu lama namun terasa itu membuatkan mereka menyatakan bahawa penyanyi penyanyi tersebut pandai membawa emosi dalam menyanyikan lagu tersebut. Jangan lupa mendengar lagu ‘cover’ dari Tokti dan Aliff..

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

Previous article“You Selongkar Privasi I..”- Pukul Suami Tanpa Rasa Bersalah Terus Dituduh Isteri Derhaka
Next article“Macam Kena Reject je..”-Lamar Gadis Idaman Masa Lepak, Ramai Tunggu Keputusan Gadis Dapat Perhatian Ramai
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here