Home Dakwah “You Deserve Every Second Of The Holiday”-bit Lew Bawa ‘Bidadari’ & Anak-Anak...

“You Deserve Every Second Of The Holiday”-bit Lew Bawa ‘Bidadari’ & Anak-Anak Bercuti Ke Switzerland

292
0

Pendakwah popular Ustaz Ebit Lew berkongsi momen indahnya sedang makan angin bersama isteri dan anak-anaknya di Switzerland.

Menerusi Facebooknya, tulis Ebit, meluangkan masa bersama keluarga menjadi detik terindah dalam hidupnya.

“Doakan yer. Bawa bidadari dan anak-anak ke Swiss (Switzerland). Tiadalah masa paling indah di dunia ini melebihi saat bersama keluarga. Peneman di dunia dan di sana insya-Allah. Semoga setiap langkah ini mendapat reda dan kasih sayang-Nya,” tulis Ebit.

Perkongsian Ebit mendapat perhatian pengikutnya yang turut sama mendoakan kesejahteraannya semasa bercuti.

“Anda layak untuk menikmati cuti ini. Semoga sentiasa selamat dan dilindungi Allah,” tulis Rohana Yaacob.

“UEL dikenali dengan dakwah yang sangat lembut dan selalu menyebut ‘Allah Sayang Kita’. UEL sentiasa berkhidmat dan tersenyum depan semua orang tanpa lelah.

“Sentiasa tunjukkan contoh layanan baik terhadap isteri beliau,” puji MohdBaharum Alum.

“Bila selalu buat kebaikan, semua orang mendoakan yang baik-baik,” tambah Taqiyuddin Sabqi Jamaliah.

“Pergilah berehat ustaz bersama bidadari dan anak-anak. Moga selamat pergi dan kembali,” kata Anirah Abdullah pula.

Malah, ada juga warganegara Malaysia yang kini menetap di Switzerland mempelawa dermawan itu untuk bertemu di sana.

“UEL, saya di Switzerland. Ingin sangat nak berjumpa ustaz dan keluarga,” tulis Sidah Icer.

Malah ada juga yang sempat berseloroh menyatakan lokasi mereka berdekatan dengan tempat yang ditulis Ebit iaitu ‘swiss’ (merujuk kepada rangkaian hotel popular antarabangsa).

Posting terbabit mendapat 6,000 tanda like daripada pengikutnya selepas hanya 2 minit disiarkan di Facebook.

Sumber: Gempak

Previous article“Saya sendiri belajar daripada kosong..” – Fauziah Latiff
Next article”Setakat Ini Okay Tak Ada Mu4l Langsung”-Elfira Loy Hamil Anak Kedua
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here