Home Dunia “Saya sendiri belajar daripada kosong..” – Fauziah Latiff

“Saya sendiri belajar daripada kosong..” – Fauziah Latiff

314
0

Difahamkan pada pandangan pelakon veteran Fauziah Latiff, dakwaan kononnya stesen televisyen meletakkan syarat pengambilan pelakon yang memiliki sejuta pengikut di Instagram menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan penggiat seni dan netizen.

Pelbagai pandangan dan pendapat diluahkan oleh masyarakat antaranya mahu anak seni yang berbakat diutamakan dan tidak hanya bersandarkan pada populariti di media sosial semata-mata.

Berkongsi pandangan mengenai isu sensasi itu, penyanyi dan pelakon Fauziah Latiff berkata dia lebih mengutamakan bakat berbanding jumlah pengikut kerana baginya bakat penentu kejayaan seseorang anak seni.

“Pada saya pertama sekali adalah bakat sebab daripada situlah peminat akan suka kualiti lakonan kita. Jadi kita pun akan berusaha untuk memperbaiki mutu persembahan supaya dapat puaskan hati peminat.

“Bila kita bersungguh buat sesuatu kerja kerana bakat, kita akan perbaiki apa yang perlu untuk menjadi lebih baik… dalam tak sedar bila kita ada kualiti, secara tak langsung pengikut pun akan datang dan penonton akan lihat sendiri apa kita usahakan.

“Sekarang ni zaman teknologi, masyarakat akan melihat kita di media sosial. Semuanya perlu seiring tapi apa-apa pun bakat itu sangat penting. Kalau ada bakat tapi tak nak belajar pun tak boleh juga!” katanya.

Lebih tiga dekad berkecimpung dalam industri seni, penyanyi lagu Teratai Layu Di Tasik Madu ini berkongsi pengalaman sukarnya ketika di awal pembabitan dalam bidang ini.

“Saya sendiri belajar daripada kosong… tak mudah untuk sampai ke sini, bermula dari zero. Tiada yang mudah dalam hidup ini.

“Tapi sebab kita hargai bakat ini, jadi apabila diberi tanggungjawab kita lakukan sehabis baik.

“Apa-apa pun jangan berhenti belajar… ambil tenaga daripada peminat itu untuk kita jadi lebih baik, cuma sekarang ini untuk berjaya kena seimbangkan antara populariti dan bakat,” ujarnya yang memiliki 211,000 pengikut di Instagram.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Previous article“Dah kahwin dh..” Renggo Arrow K4hwin Kali Ketiga, Isteri Dedah Macam Mana Dia Cari Renggo
Next article“You Deserve Every Second Of The Holiday”-bit Lew Bawa ‘Bidadari’ & Anak-Anak Bercuti Ke Switzerland
Selain menulis, turut gemar buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang. Sukakan sejarah kerana dengan sejarahlah dapat mengenal tentang diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here