Terbaru ini, pelakon popular iaitu Intan Najuwa mendapat perhatian ramai netizen apabila dia gigih mengulang kaji untuk menjawab final exam walaupun dia sedang becuti di London.
Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid telah berkongsikan gambarnya menerusi InstaStory. Kelihatan dia sedang mengulangkaji subjek undang-undang di dalam sebuah teksi.
Intan juga turut mengambil peperiksaan itu secara talian pada hari Rabu lalu dan telah berkongsikan gambar ketika menjawab di sebuah kafe yang terletak berhampiran dengan hotelnya.
Tidak mudah untuk menjawab final exam ketika bercuti lagi-lagi jika itu subjek undang-undang yang memerlukan seratus peratus fokus kita. Sememangnya Intan Najuwa layak digelar beauty with brain!
Meninjau ke ruangan komen, kelihatan rata-rata netizen mengucapkan selamat maju jaya kepada Intan.
Sumber: -CARI