Menerusi perkonngsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok @wiwinbollmixdance, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita membuat satu klip durasi pendek menyatakan beliau ke kedai makanan bersama rakannya. Beliau mengatakan lauk masak kangkung yang dipesan oleh wanita ini sememangnya tidak berbaloi dengan harga Rm22. Beliau juga memberitahu kepada pekerja di kedai makanan itu bagaimana lauk yang sebanyak itu boleh berharga Rm22.
Beliau juga mengatakan kepada pekerja tersebut:
“Lain kali beritahu dahulu kalau ada bahan yang dah habis dalam masakan”
Baca lagi: Durian Dibeli Dengan Harga RM117, Lelaki Ini Terdiam Apabila Melihat Isi Dalam Nya
Baca lagi: Rafizi Ramli Minta Peniaga Dan Pengusaha Restoran Memberi Kerjasama Dgn Harga Penurunan Makanan
Lihat klip durasi pendek dibawah:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@ekhsandiude: seriusss la kangkung tumis air cmtu bapak mahal…..
@Zai_Omar: kangkung organik sis..kalau mkn rasa ayam
@erna_erfa: mngkin kangkung tu die g petik kt ats gunung kot.. sebulan bru dpt blik umh.. tu sbb mhl
@wawa nurputra: kat psar malam kangkung 3.. 5 ringgit 1 genggam seikat penuh tangan
@AnakBurung : kangkung kutip kat tepi tepi longkang tu , rm2 harga sebenar rm20 tu upah
@oyo: turun Dari kayangan kangkung Tu ,mungkin Ada org curi selendang kangkung tu
@kokaincocaine: kangkung dari Sri langka tu tu yang mhal tuu sabr ye hahahahaha
@mimiey: kangkung tu dia siram pkai air coway je.air ditapis.tnh utk tnam tu diimport dr greenland.kangkung tu plak hidup ber ekon.ap lg ak nk klentong ni
@mummy lilu: bawang putih pun mentah lagi… mane da sedap kngkung mcm tu…
@K_Azri: ni kangkung paling sedap di dunia.. spesis kangkung jarang ditemui.. itu sebab dye mahal sgt
Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan harga yang ditetapkan oleh kedai makan itu sememangnya tida masuk akal. Ada juga yang menjadikan ia sebagai bahan lawak diruangan komen. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 214.6K penonton, 10.4K sukaan dan 953 komen.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram