Home Isu Semasa Wanita Dikhuatiri Lemas Selepas Dihanyutkan Arus Banjir

Wanita Dikhuatiri Lemas Selepas Dihanyutkan Arus Banjir

59
0

Seorang wanita dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan arus deras ketika cuba mengharungi banjir selepas menghantar makanan kepada mangsa yang terperangkap, dekat pekan Donggongon, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada 1.40 pagi itu, mangsa bersama suaminya dikatakan menghantar makanan kepada mangsa lain yang terperangkap banjir sebelum pulang.

Bagaimanapun, ketika cuba melalui kawasan banjir berhampiran Bulatan Sigah, Jalan Penampang Bypass, di sini, mangsa dikatakan dihanyutkan arus deras.

Suaminya cuba membantu dengan menarik tangan mangsa, tetapi arus banjir yang kuat menyebabkan mangsa hanyut. Pencarian masih dijalankan oleh anggota penyelamat sehingga pagi ini.

Operasi mencari dan menyelamat digerakkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 1.45 pagi tadi.

Sementara itu, menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, seramai 114 mangsa daripada 42 keluarga dipindahkan akibat banjir ke Dewan Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang, dan Dewan Sri Putatan setakat 8 pagi ini.

Jumlah itu meningkat berbanding 78 mangsa pada 4 pagi tadi.

Jumlah mangsa dijangka terus bertambah kerana masih ada yang dilaporkan terperangkap dan tidak dapat dibawa keluar malam tadi akibat arus deras serta keadaan gelap yang menyukarkan operasi.

Difahamkan, lebih daripada 20 kampung di sekitar daerah ini dilanda banjir, termasuk sebahagian pekan Donggongon, akibat limpahan air Sungai Moyog yang bacaan airnya melebihi sembilan meter, iaitu melepasi paras bahaya.

Banjir juga menjejaskan beberapa laluan utama di sekitar daerah ini dengan sekurang-kurangnya 10 lokasi, termasuk Bulatan Sigah dan Jalan Penampang Bypass, tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan.

Selain banjir, beberapa kejadian tanah runtuh turut dilaporkan berlaku, termasuk di laluan utama Jalan Penampang-Tambunan, yang menyebabkan lalu lintas dari kedua-dua arah tidak dapat melaluinya.

Selain daerah ini, beberapa kampung di daerah Putatan, Kota Kinabalu, dan Tuaran turut dilaporkan dilanda banjir.

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articlePassport Singapura Paling Berkuasa di Dunia
Next article“Sebijik Suara Alleycat..” – Nyanyian Lagu Seribu Bintang Raih 1 Juta Tontonan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here