Selepas enam bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Zizi Kirana mengadakan majlis resepsi Raikan Cinta Yusuf & Nur di kampung halaman suaminya Yusuf Bahrin yang terletak di Melaka, semalam.
Menurut laporan Harian Metro, penyanyi berusia 37 tahun itu memaklumkan acara tersebut lebih kepada majlis kesyukuran sekali gus menjawab persoalan ramai sebab mereka tidak bersanding di atas pelamin.
View this post on Instagram
“Sebenarnya, kami lebih pada nak buat majlis kesyukuran dan santai saja. Jadi, kami mahu raikan dengan kaum keluarga dan rakan terdekat. Lagi pun, malu kami nak bersanding.
“Dari awal lagi kami memang nak majlis ini santai, tetamu datang makan, berjumpa, bergambar dan dengar persembahan qasidah,” katanya.
View this post on Instagram
Zizi berkata, majlis berkenaan turut dihadiri keluarga kedua-dua pihak, rakan terdekat, anak tahfiz selain beberapa tetamu kenamaan (VIP) yang diiringi dengan persembahan qasidah.
“Pentas yang ada memang untuk qasidah. Selesai majlis, baru kami bergambar dengan keluarga di pentas,” ujarnya.
Penyanyi lagu EH itu berkata, dia mengakui ramai bertanya soal bersanding namun mereka memilih untuk melayani para tetamu yang hadir berbanding hanya duduk di atas pelamin.
View this post on Instagram
“Masuk dewan kami terus duduk di meja makan beradab. Orang ingat terus ke pentas, tapi tak ada. Memang kami nak macam itu saja. Selalu dah naik pentas. Kali ini, nak lebih bermesra dengan tetamu kami.
“Sampai kumpulan qasidah pun terkejut dan tanya kami tak sanding ke?. Sebab pentas memang untuk mereka saja dan saya menyanyi pun di tepi saja,” kongsinya.
View this post on Instagram
Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazela Mad Tahil berkahwin dengan Yusuf yang juga pelakon pada 18 September tahun lalu selepas hampir sebulan mengikat tali pertunangan.
Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir) , Instagram Yusuf Bahrin, Shanell Harun, Sharhim Khan & myhmrap ,OhMyMedia