Home Isu Semasa “Berkat Sabar,” – Kak KM Bersyukur, Terima Berita Gembira Selepas Setahun

[VIDEO] “Berkat Sabar,” – Kak KM Bersyukur, Terima Berita Gembira Selepas Setahun

139
0

Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli bersyukur apabila akaun asal Instagramnya, @lianarosli_official sudah pun diterimanya kembali selepas dipercayai digod4-m hampir setahun lalu.

Perkara berkenaan dimaklumkan pempengaruh yang juga anak dram4tis senior, Normah Damanhuri itu menerusi satu entri di Instagram.

“Alhamdulillah, syukur IG dapat balik dah,” tulisnya ringkas menerusi akaun yang mempunyai kira-kira 437,000 pengikut itu.

Menerusi hantaran sama, Kak KM dilihat sedang bercuti bersama keluarga di Pulau Pinang.

Sementara itu di ruangan komen, ramai yang turut bersyukur dan ramai turut teruja apabila Kak KM mula memuat naik video dan foto di akaun asalnya itu. Antarannya;

“Ya Allah!! Yeahhh alhamdulillah!!!”

“Yeah berkat sabar.”

“Yay Kak KM is back.”

“Omg! Rindunya kak sayang dan akaun ni.”

“Akak dah lama tak tengik. Tahniah liana cahaya mata yang comel.”

Terdahulu, meski akaun utamanya digod4-m sebelum ini, Kak KM tetap aktif di akaun sementara yang kini mengumpul seramai lebih 165,000 pengikut.

Sekadar info, Kak KM baru sahaja menimang cahaya mata perempuan yang diberi nama Cinta Carissa.

Terdahulu, Kak KM dan suami dikurniakan seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.

Sumber : MH ,https://bartasangbad.site/

Previous article“Otai Legend ni..” (Video) Lan Pet Pet Sempat Menyanyi Bila Dirakam. Skali Ini Yg Jadi Bualan Netizen
Next articleAmran Tompel meninggal dunia. A R Badul cerita apa yg terjadi undang sebak netizen
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here