Home Hiburan Amran Tompel meninggal dunia. A R Badul cerita apa yg terjadi undang...

Amran Tompel meninggal dunia. A R Badul cerita apa yg terjadi undang sebak netizen

269
0

Pelakon dan pelawak Amran Tompel, 70, meninggal semasa dalam tempoh kuarantin akibat Cov1d-19 di rumahnya di Taman Matahari Height Senawang, Seremban jam 4.43 petang, hari ini

Abang Allahyarham, pelakon AR Badul ketika dihubungi berkata, arwah adiknya sepatutnya tamat tempoh kuarantin hari ini.

“Saya sebenarnya baharu balik dari Perak dan sebaik sampai di Kuala Lumpur baru sempat baca mesej WhatsApp berkenaan kematiannya.

hm193tompel 1648289957

“Kematiannya berpunca dari sakit tua, masalah buh pinggang dan baru-baru ini Amran pos1tif Cov1d-19 dan jalani kuarantin.

“Hari ini hari terakhir kuarantin dan tak sangka dia sudah tiada,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu Amran atau nama sebenarnya Amran Aman Ramlie mengalami gejala pelupa selepas terlantar akibat serangan angin ahmar.

Dia juga kurang selera makan hingga berat badannya semakin menurun.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Jelebu, Negeri Sembilan pada awal Mac 2020 selepas mengadu tangan kirinya tidak boleh bergerak.

Bagaimanapun, selepas empat hari dia dibenarkan pulang.

Beliau yang pernah mewarnai industri lakonan tanah air sekitar 1990-an hingga 2014, sebelum ini pernah beberapa kali diserang angin ahmar.

kredit: hmetro

Previous article[VIDEO] “Berkat Sabar,” – Kak KM Bersyukur, Terima Berita Gembira Selepas Setahun
Next article“Otai Legend ni..” (Video) Lan Pet Pet Sempat Menyanyi Bila Dirakam. Skali Ini Yg Jadi Bualan Netizen
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here