Home Kehidupan Tumpang Sidai Baju, Pemilik Rumah ‘Complain’ Jiran Tak Minta Izin

Tumpang Sidai Baju, Pemilik Rumah ‘Complain’ Jiran Tak Minta Izin

279
0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok emilia.ezrin, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita membuat satu klip durasi pendek situasi halaman rumahnya yang telah disidai baju-baju jiran rumah hadapan beliau. Beliau mengatakan perkara ini bukan baru sahaja berlaku, malah sering dibuat oleh mereka. Oleh disebabkan itu beliau meluah rasa tidak berpuas hati dengan sikap jirannya yang tanpa meminta kebenaran beliau.

Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan untuk memberi mereka peluang kerana hanya menumpang sidai kain sahaja tetapi jika ianya berlarutan pemilik rumah sudah boleh mengambil langkah untuk tegur jirannya secara baik terdahulu. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka mengalami perkara yang sama dan menjadikan ia sebagai bahan lawak diruangan komen.

Baca lagi: Jiran Buang Air Kencing Pada Tingkap Rumah, Ingatkan Angkara Jin

Baca lagi: “Jiran Puaka” – Lelaki Simbah ‘Sesuatu’ Pada Dinding Dirakam Kamera

Lihat klip durasi pendek dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@mickeyPincess: sis pergi buat2 bakar sampah rumput2 biar berasap.. baru die angkat

@Hayati Talib323: Biaq la apa salahnya…..mak cik sabaq ja la.. dia nak bgi pahala kat mak cik la tu… iklas ja la..

@Miza84: sekali dua blh la sidai..klu dh terbiasa xde yg tegur blh bengkok pagar dibuat nya nt.tu blm sidai toto lg

@zombi 3dos: ambik buah merdin tumbuk²..masok dalam air..spray dekat baju tu…insyaallah

@Aidakri: sy pernh kena bangun ja pg nak sidai bg ada dah yg tumpang sidai,yg kt ni sidai dlm umah yg jirn plak sidai dkt pagar kt

@norhaslizaliza657: biarkan ja LA dia bagi pahala tu kat makcik..pagar tu x ada masalah pun kan..jgan dia dok p duduk atas tu dah

@sueanneanne: hang p perasap kemeyan pastu hang nyanyi lagu siam kuat2 sambil buat tarian makyong.. kompom pastu dia tak sidai dah… aku cadang ja…

@yoki: adoiiii jiran gini pun de eh. pagar rumah org diampainya

@Hajar Arshad: pernah kena jugak dengan jiran, sidai baju di pagar rumah…bila kita mintak dia ambik sebab nak keluarkan kereta, mintak maaf pun tidak

Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 85.4K penonton, 3257 sukaan dan 804 komen.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articleDenda RM1,000 bagi Ahli Parlimen yang mengeluarkan kenyataan seksual, perkauman di Parlimen
Next articleHujan Lebat Dh Melebihi 14 Jam Di Kuantan,Pahang, Air Mula Naik Di Beberapa Kwsn
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here