Home Kisah rakyat “Jiran Puaka” – Lelaki Simbah ‘Sesuatu’ Pada Dinding Dirakam Kamera

“Jiran Puaka” – Lelaki Simbah ‘Sesuatu’ Pada Dinding Dirakam Kamera

216
0

Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan kita. Jiran yang baik tidak akan melakukan perkara buruk pada kita dan rumah kita.

Baru sahaja tular di tiktok @Kotang Keshong di mana rakaman dari kamera merakam aksi seorang jiran yang membaling cecair pada dinding pemilik rakaman tersebut. Dikatakan pemilik rakaman tersebut pada awalnya berasa pelik apabila pada dindingnya terdapat cecair yang tidak diketahui jenisnya. Pada awalnya mereka menyangka cecair tersebut adalah datangnya dari kucing tapi andaian tersebut adalah tidak masuk akal kerana cecair tersebut terlalu tinggi letaknya.

Mereka membuat keputusan untuk menabur garam pada dinding tersebut kerana menyangka cecair tersebut datangnya dari jin. Tetapi, cecair tersebut masih ada sehingga berkulat dinding tersebut dan yang anehnya walaupun dibasuh setiap bulan tetap masih ada bahkan mengeluarkan bau hancing. Akhirnya, pemilik rakaman tersebut mengambil keputusan untuk meletakkan kamera di kawasan tersebut.

Apa yang paling mengejutkan, rakaman kamera mendapati punca cecair tersebut adalah datang dari jirannya yang menetap di sebelah rumah. Kelihatan seorang lelaki menyimbah sesuatu dari dalam botol pada dinding rumahnya. Perkara ini menimbulkan rasa kurang senang pemilik rakaman tersebut.

“Alhamdulillah 28/01/23 malam tu kami buat report dan dia dh kena angkut ngan polis”

“Sampai ke hari ni belum nampak muka dia. Nak tahu jugak motif dia apa. Tapi rumah dia mcm tkde org pintu bertutup semua”

Laporan polis telah dibuat dan lelaki tersebut juga telah ditangkap oleh pihak polis berdasarkan dari kenyataan pemilik rakaman tersebut.

Lihat klip video di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen warganet :

@BROSISVENTURE : kalau sy dah pindah dah ni. risau pulak apa lg dia akan buat lps keluar balai nnti

@Mrs.ika : ya Allah..mcm2 perangai manusia dok ada ha..jauhkan lah dr manusia mcmni..

@yinari : takutnya dapat jiran macam niii

@Fizafizaa : kalu ade rezeki,naek kn tembok kt sebelah tu sis.semoga sis sekeluarga di lindungi oleh Allah SWT.aamiin

@Azila Madsalleh : knp begitu kejam manusia sekarang ek? tandas dia tersumbat tuu yg dia jirus tuu kt sebelah.,dpt jiran dari meraka nii.

@@BOB_PEKAN06 :bakpe buat gitu.naye kt orng.masalh dpt jiran macam

Rata-rata meluahkan rasa simpati dengan pemilik rakaman tersebut. Malah ada juga yang menyuarakan perasaan takut dengan sikap jiran tersebut.

Baca juga : Kebanjiran Warga Asing Kwsn Kejiranan, Siap Bt ‘Party’ Dpn Rumah

Baca juga : Reaksi Lelaki Ini Bt Org Rmai Hampir Trkena Serangan Jantung

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articleNiat nak takutkan seorang saja, tapi tertakutkan semua ‘officemate’
Next article“Bermula Dari Suka-Suka, Kini Menjadi Kerjaya”- Ida Rahayu Pemilik Suara Ejen Ali

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here