Home Isu Semasa Tidak Diberi Hadiah Sebuah Kereta, sekali Penaja ABPBH Buka Mulut

Tidak Diberi Hadiah Sebuah Kereta, sekali Penaja ABPBH Buka Mulut

350
0

BERTUAH BELL NGASRI BAKAL DIHADIAHKAN SEBUAH KERETA OLEH PEMINAT

“Allahuakbar,” itulah kata pelakon dan pelawak, Bell Ngasri yang terkejut seketika sebaik mendengar khabar gembira, dimana dia bakal dihadiahkan kereta oleh sebuah syarikat sebagai penghargaan jasanya menghiburkan rakyat Malaysia, sebagai tanda penghargaan 37 tahun menghiburkan rakyat Malaysia.

Ujar Bell, dia hanya mampu menzahirkan pujian ke hadrat Ilahi atas rezeki di luar jangkaan itu.

Kejutan itu dibuat pagi semalam ketika bersiaran di radio Hot FM oleh seorang individu dikenali sebagai Encik Fendi selaku pemilik syarikat menjual kenderaan yang berhasrat memberikan kereta sempena kemenangan Bell sebagai Bintang Paling Popular.

“Apabila KJ dah sebut, lagi membuak-buak rasa hati ini nak kongsi berita gembira ni dengan Bell. Dengan ini saya mewakili syarikat berbesar hati ingin menghadiahkan Bell sebuah kereta,” tuturnya.

Sebelum ini, KJ berseloroh mengatakan pelawak itu kononnya ‘marah’ kerana tidak menerima hadiah kereta daripada pihak penganjur ABPBH 35 sehingga campak trofi tersebut.

Jumaat lalu, Bell mencipta kejutan apabila bukan saja memenangi Artis Komedi Popular tetapi dinobat Bintang Paling Popular menewaskan pesaing hebat lain.

Ini namanya tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Baru saja dinobat Bintang Paling Popular ABPBH35, Bell bakal dihadiahkan kereta oleh peminatnya. Cayalah Bell…

Lihat klip video di bawah:

Sumber: Youtube

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’5′]

Previous articleJocelyn Chia Dibuang Keluarga, sekali Bapa Tak Mengaku Anak Sampai Mati
Next article“Kalau Uban Banyak Macamni Baik Pakai Helmet Je..” – Bell Ngasri ‘Ejek’ Khairy Jamaludin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here