Home Viral “Tiba-Tiba Famous…” – Irene Jawab Isu Bersama Syamsul Yusof

“Tiba-Tiba Famous…” – Irene Jawab Isu Bersama Syamsul Yusof

271
0

WANITA yang dikaitkan dengan Syamsul Yusof iaitu Irene Deanna akhirnya memberikan penjelasan mengenai hubungannya bersama pengarah terkenal tersebut.

Irene, 25 tahun, menyatakan bahawa hubungannya dengan pengarah popular itu hanyalah sekadar sebagai rakan dan tidak lebih dari itu.

“Saya dan Syamsul sekadar kenalan, sebab dia kawan mak ayah saya. Sekadar kenalan hi dan bye macam itu…” – Katanya

“Bagi pihak saya, tiada apa yang nak komen tentang isu yang melibatkan Syamsul Yusof. Memang tiada apa-apa (hubungan) dengan dia,” katanya semasa ditemubual pemberita.

Dia menyatakan, dia mengakui ketika namanya menjadi topik di kalangan netizen dan merasa terhibur dengan pelbagai komen yang diterima.

“Saya terkejut bila nama saya tiba-tiba viral dan menjadi sebutan orang. Saya cakap dengan mama saya kenapa jadi macam ini eh…” – Katanya lagi

“Isu itu sama sekali tidak mengganggu hidup saya. Saya buat kerja macam biasa sahaja. Rasa stress pun tidak…” – Tambahnya

“Saya baca komen netizen sikit-sikit, sebab orang ada juga yang hantar dekat saya. Bila saya baca saya tergelak…” – Tambahnya lagi

Sementara itu, Irene juga menjelaskan bahawa desas-desus yang menular itu disebabkan oleh pengarah yang mempunyai urusan kerja dengan syarikat milik bapanya.

“Itu lah, tiba-tiba famous. Tapi bila pengikut bertambah itu saya Alhamdulillah. Terima kasih kalau ada yang sokong saya dalam tak sedar…” – Irene

Lihat Posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Curly Irene (@irenee.deanna)

Sumber: Instagram, Mstar

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Kau Jangan Kurang Ajar Nak Komen Anak Orang Suka Hati! Jaga Diri Jangan Sampai Sundal…” – Che Ta
Next article“Steady Je Dia Nyanyi High Note, Memang Power..” – Hady Mirza Nyanyi Lagu Roman Cinta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here