Home Isu Semasa Tertekan akibat putus cinta, Wanita ini cuba terjun Jambatan Putrajaya

Tertekan akibat putus cinta, Wanita ini cuba terjun Jambatan Putrajaya

239
0

Baru-baru ini, tular beberapa video dan foto memaparkan seorang wanita cuba terjun dari Jambatan Wawasan di Presint 2, Putrajaya sehingga meraih perhatian ramai di platform Twitter.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai sekitar jam 6.25 pagi semalam dan memaklumkan terdapat seorang wanita dilihat cuba terjun dari jambatan berkenaan.

Susulan itu, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan memujuk wnaita berkenaan untuk membatalkan hasratnya.

Rakaman percakapan mangsa telah diambil dan wanita berusia awal 20-an itu mengaku cuba terjun ke dalam tasik di jambatan itu selepas teman lelakinya bertindak memutuskan hubungan mereka

“..dengan alsan wanita berkenaan mempunyai masalah mental,”ujar A. Asmadi.

Katanya lagi, sebelum kejadian, wanita berkenaan telah menerima panggilan daripada teman lelakinya dengan menyatakan hasrat mahu memutuskan hubungan mereka. Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan memberitahu dia akan berkahwin dengan wanita lain. Tindakan itu mengakibatkan wanita berkenana hilang pertimbangan lalu cuba untuk terjun dari jambatan tersebut.

Ibu mangsa cakap pernah dapatkan rawatan psikiatri

Dalam pada itu, A. Asmadi berkata, ibu mangsa memaklumkan mangsa pernah mendapat rawatan psikiatri dan baharu sahaja disahkan sembuh.

Pegawai Penyiasat kemudiannya telah membuat semakan di Bahagian Psikiatri sebuah hospital di Perak dan mengesahkan bahawa wanita berkenaan ada menerima rawatan di sana dengan tarikh rawatan terakhir pada 11 November 2022 dan bergantung kepada ubatan yang dibekalkan doktor,”ujar beliau.

Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat posting di bawah:

https://twitter.com/jnmalaysia/status/1621173268748328961?s=20&t=rBWwGDQzNburhA33bUkyTQ

Sumber: Twitter

Previous article“Klu Aku Tak Turun Mesti Dpt Teman Mama…”- Luahan Hati Anak Perempuan Kehilangan Mamanya
Next article“Versi Tom Paling Sedap Setakat Ni, Lagi Sedap Dari Penyanyi Asal..” – Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here