Home Isu Semasa “Terkejut Ustaz Buat Perkara Begitu…” – Bapa Sanggup Menghantar Anak Bermalam Ke...

“Terkejut Ustaz Buat Perkara Begitu…” – Bapa Sanggup Menghantar Anak Bermalam Ke Rumah PU Azman Untuk Dapat Didikan Agama

261
0

Bapa kepada seorang mangsa gangguan seksual Pencetus Ummah (PU) Azman memberitahu Mahkamah Seksyen Seremban bahawa beliau pernah menghantar anak lelakinya ke rumah selebriti itu untuk bermalam pada Febuari 2022.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwaraya kes berkenaan iaitu Husni Mohd Ramly, keputusan itu dibuat kerana dia sebagai bapa percaya PU Azman atau Azman Syah Alias, 42, boleh memberikan didikan agama serta nasihat kepada anak lelakinya. Malah mangsa yang ketika itu berumur 17 tahun juga diberi keizinan bermalam di rumah Azaman ketika itu selepas dia menghantar sendiri anaknya ke rumah mereka yang terletak di Klang, Selangor.

“Saya percaya Azman boleh bagi nasihat dan ilmu agama kepada anak saya. Saya minta dia(Azman) beri nasihat kepada anak saya. Saya hantar anak ke sana kerana dia sendiri yang mahu pergi…” – Bapa Mangsa

Saksi pendakwa itu membuat pengakuan di hadapan Hakim Datin Suria Budin yang mendengar kes berkenaan pada Isnin. Dalam masa yang sama, saksi memberitahu dia mengetahui perbuatan sumbang Azman selepas diceritakan oleh seorang guru sekolah yang turut mendakwa anaknya menjadi mangsa pendakwah tersebut.

“Saya terkejut perkara ini boleh berlaku sebab tak percaya ustaz boleh berbuat demikian…” – Katanya

Selain itu, bapa tersebut turut mendakwa anaknya itu mengalami masalah tekanan susulan apa yang telah berlaku terhadapnya.

Pada 12 Oktober yang lalu, PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Febuari dan Julai tahun lalu.

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’5′]

Previous articleKasih Seorang Kakak, Sanggup Bertaruh Nyawa Demi Selamatkan Adik Dari Terjatuh Ke Dalam Gaung
Next articlePerbicaraan Kes Mahkamah PU Azman, Sekali Ibu Dedah Anak Diminta Buat Perkara Tidak Senonoh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here