Pada tahun 1980 dahulu, seorang wanita telah membeli cincin murah berharga 10 euri (Rm48) semasa datang ke jualan garage.
Cincin tersebut jarang ditanggalkan dan sentiasa dipakainya dalam melakukan kerja seharian dan selepas lebih kurang 37 tahun kemudian iaitu pada awal tahun 2017, wanita ini tergerak hati untuk memeriksa nilai cincin tersebut dalam pasaran semasa.
Beliau juga menyedari bentuk cincin yang dipakainya itu agak unik dan luar biasa dan berkemungkinan bernilai lebih tinggi daripada harga yang dia membelinya dahulu.
Baca lagi: “Hati Kering Betul..”- Pinjam Cincin Member Waktu Akad Nikah, Drama Alamatnya Cinta Raih Perhatian Netizen
Baca lagi: “Geram Pulak Aku Terajang Mamat Tu..” – Pengantin Lelaki Lengahkan Sarung Cincin, Tapi Lain Pula Respon Netizen
Setelah beliau memeriksa harga cincin tersebut, beliau tergamam apabila mengetahui cincin yang dibelinya dengan harga cuma Rm48 adalah berlian 26 karat sebenar dan dikenali sebagai ‘The Tenner Diamond’
Cincin ini juga telah disahkan oleh pakar sebagai cincin tulen atau asli dan ia merupakan berlian 26.27 karat. Selain itu, cincin itu juga dikatakan telah dibuat pada abad ke-19.
Gembira dan terkejut dengan nilai sebenar cincin yang dimilikinya, wanita ini pun membuat keputusan nekad untuk menjualnya. Cincin itu telah dibawa ke London dan selepas melalui satu proses bidaan yang sengit, cincin itu akhirnya terjual dengan harga 656,750 pound sterling atau lebih kurang Rm3,750,795.
Seorang pakar industri percaya bahawa cincin itu dulunya pernah dimiliki oleh keluarga diraja.
Namun siapa sangka tuah beli cincin berharga Rm48, wanita ini akhirnya mendapat wang yang lebih 65,670 kali ganda dari harga yang dibeli pada awalnya.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA