Home Uncategorized Terima “Santau” Melalui Perkhidmatan ‘Courier’, sekali Penyanyi Aishah Dedah Sesuatu Yang Mengejutkan...

Terima “Santau” Melalui Perkhidmatan ‘Courier’, sekali Penyanyi Aishah Dedah Sesuatu Yang Mengejutkan Ramai

243
0

Penyanyi wanita terkenal, Datuk Aishah mendakwa dirinya hampir disantau selepas menerima satu bungkusan yang dikirim melalui perkhidmatan kurier baru-baru ini. Ketika ditemui media, Aishah telah menceritakan bahawa pada awalnya, bungkusan tersebut merupakan kepunyaan anaknya. Namun bagaimanapun, beliau berasa hairan apabila nama penerima pada bungkusan tersebut telah tertera namanya.

Aishah menjelaskan perasaannya yang tiba-tiba menjadi seram selepas bungkusan tersebut didakwa masuk ke dalam kawasan rumahnya.

“Benda itu (santau) dihantar melalui courier. Saya ingat bateri motor sebab kotak yang digunakan nampak macam bateri motor. Saya awalnya ingat bungkusan itu anak saya punya tapi bila tengok nama orang penerima, nama saya. Kemudian saya dah macam pelik…” – Aishah

“Bila bawa masuk dalam kawasan rumah, dekat pagar rumah itu saya dah rasa seram lain macam. Saya nak buka tapi anak saya kata nanti tunggu dia cuti baru buka bungkusan itu. Sementara tunggu kata dia nak buka itu saya rasa sakit dekat perut, rasa macam tangkap (memulas) dekat perut, rasa nak guling-guling dekat lantai…” – Katanya

“Tapi bila saya pasang ayat ruqyah dan mengaji dalam rumah, rasa sakit-sakit itu hilang sekejap. Kemudian saya juga mimpi macam ada orang terkam saya. Saya jarang mimpi yang aneh-aneh, tapi dalam mimpi itu saya nampak seorang lelaki yang sangat familiar wajahnya, tapi macam kenal tak kenal dengan orang itu…” – Luahnya

Menurut Aishah, keadaannya semakin pulih selepas beliau bertindak membuang bungkusan tersebut dan beliau juga ada mendapatkan rawatan secara Islam untuk memulihkan dirinya.

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/4AWqJUrocv’ sec=’5′]

Previous articleDisuruh Untuk Tidak Menyaman Keluarga Kazar Oleh Yusof Haslam, sekali Respon Puteri Sarah Mengejutkan Ramai
Next article“Kejeee Boss..” – Gelagat Adik Comel Bekerja Di Kedai Makan Buat Ramai Terhibur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here