Home Umum ‘Ter’buang Duit Hampir RM90 Ribu Dalam Plastik Hitam, Sekali Ini Reaksi Lelaki...

‘Ter’buang Duit Hampir RM90 Ribu Dalam Plastik Hitam, Sekali Ini Reaksi Lelaki Tersebut

409
0

Ahli perniagaan tersilap buang plastik hitam yang berisi duit sebanyak RM90,000 diangkut lori sampah.

Lazimnya wang tunai akan diletakkan di tempat yang selamat seperti beg atau peti besi sebelum didepositkan ke dalam akaun bank, namun kisah ini pula diletakkan ke dalam plastik sampah.

Seorang ahli perniagaan di kepulauan Greek, Greece terpaksa bersusah payah apabila dia tanpa senagaja terbuang wang bernilai $16,000 (RM89,842) yang disimpannya di dalam dua bungkusan plastik sampah.

Menurut Daily Star, lelaki ini meletakkan wang tersebut di dalam plastik sampah dan merancang untuk didepositkan ia ke bank.

Baca lagi: Seorang Lelaki Temui Duit Syiling Emas Di Sawah Padi, Tak Sangka Nilainya Hampir RM4 Juta

Baca lagi: Lufya Dituduh ‘Mata Duitan’, Buat Tuntutan Mutaah Dengan Nilai Yang Tak Masuk Akal

Screenshot 2023 05 15 152532

Difahamkan berdekatan beg berisi wang terdapat sampah yang ingin dibuang. Ketika beliau berjalan ke kedainya, dia berhenti di sebuah tong sampah besar untuk membuang sampahnya. Dia mula menyedari kesilapannya setelah beliau sampai ke kedainya dan segera ke tong sampah berkenaan.

“Saya melihat sekeliling dan menyedari plastik berisi wang itu tidak ada lagi. Mula rasa panik, dan saya berlari ke lyar menahan kereta pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) yang membuat rondaan serta memberitahu apa yang terjadi” Katanya

Dilaporkan, lelaki itu bersama pegawai PBT berjaya menjejaki lori sampah dan mengejarnya di pelabuhan sebelum semua sampah dibakar.

Katanya mereka berempat masing-masing mencari dan menyelongkar semua sampah hingga temui beg pertama, namun beg kedua pula tidak ditemui sehingga mereka ke tepi jalan dan mereka menggali setiap beg sampah secara individu sebelum menemui plastik kedua.

Semoga kita semua mengambil pengajaran daripada kisah ini, jangan simpan sesuatu berharga di dalam plastik sampah kerana ia akan berlakunya kecuaian dan tersilap pandang.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang

Previous articleNaufal Azrin Hampir Tersingkir, Sekali Pemakaian Ketika Menyanyi Pula Jadi Bahan Lawak Netizen
Next articlePengemis Berjaya Kumpul Duit Simpanan Sebanyak RM150,000 Dalam Tempoh 13 Tahun
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here