Pentingnya dashcam di setiap kereta adalah supaya kita dapat mengetahui punca berlakunya sesuatu kemalangan di jalan raya dan tidak akan disalahkan jika kesalahan tersebut bukan berpunca dari kita. Malahan, dashcam juga boleh dijadikan bukti jika kemalangan melibatkan kenderaan di hadapan kita juga.
Menerusi video yang telah tular di tiktok @dashcamjalanan, dapat dilihat situasi di mana seorang rider grabfood yang terjatuh akibat berlakunya perlanggaran dengan kereta di hadapan yang berpunca daripada kereta tersebut yang tiba-tiba mengundur secara perlahan. Pemandu yang juga seorang wanita dikatakan menyalahkan grab dan nasib baik kereta di belakang mempunyai rakaman dashcam yang menunjukkan situasi sebenar yang telah berlaku.
“bagus ada dashcam ni. bukan setakat defense diri sendiri. utk defense org lain jugak yg mana betul yg mana salah”
“betul.. bila kes mcm ni, yg pura2 mangsa keadaan pon tak jadi nak pusing cerita..”
“nasib keta blkng ada dashcam selamat…senyap terus puan King hihi”
“sekali rider grab tunjuk dashcam dalam kereta belakang terus diam mat “
“Nasib kereta belakang ada dashcam.boleh tunjuk bukti. Apa lagi mintak bayar la kat org pompuan tu”
Baca juga : “Hadap Jem Lagi Stress Dari Hadap Keje”-Rakaman Situasi Jem Teruk Di KL
Baca juga : Jem Punya Pasal, Ramai-Ramai Berjalan Keluar Kereta. Dah Macam Kenduri
Difahamkan kereta tersebut bukan reverse tapi tersalah letak gear di mana netizen juga pernah mengalami situasi seperti itu.
“tiberrr si mackik reverse, aku pernah mau ke N tpi ke R aku tak trus lepas break, aku trus ganti, pasti kereta belakang panik”
Lihat rakaman dashcam di bawah :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@Kai Ishak : time magrib tu kan…dia nmpk kelibat nk lalu depan dia…tu yg reverse tu
@Khai : benda paling wajib duk kat bandar ni ialah dashcam.. hari2 possible nk jd drama tu tinggi
@adiy3716 : ak penah kena mcm ni. pmpuan gak. main hp pastu xtau handbrake kt mana
@Yeeswaran Murugan : Pernah berlaku macam ini masa jam.. Kereta tu Jalan terus…
@YANN : jgn pmalass tarik handbrake…jgn pemalas tekan break kaki..
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Tiktok dan Instagram