Seorang lelaki berusia 40an berdepan dengan detik-detik mencemaskan apabila beliau ternampak kelibat ekor ular yang dilihatnya di bawah sofa ketika sedang berehat sambil menonton televisyen di rumahnya yang terletak di Kuarters JPS, Ulu Bendu. Beliau juga menyedari seekor ular king cobra yang dianggarkan seberat 7kg telah menceroboh masuk ke rumahnya. Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 12 tengah hari, dan lelaki ini boleh dikira bernasib baik kerana menyedari awal kehadiran ular tedung selar berkenaan dan segera mendapatkan bantuan.
Baca lagi: Ular Sawa Gergasi Seberat 130kg, Temui Di Kebun
Baca lagi: “Ada juga abang bomba yang takut ular…” – Abang bomba lari lintang pukang dikejar oleh ular
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Pilah, Leftenan (PA) Mohamad Ghazali Abdul Rahim, pihak mereka telah menerima penggilan operasi khas haiwan berbisa jam 12:20 tengah hari. Seramai empat anggota APM dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuala Pilah ke lokasi iaitu rumah di Kuarters JPS bagi kes menangkap ular tersebut.
Setelah sampai di tempat tersebut, pasukan APM segera mengambil tindakan untuk mencari dan menangkap ular tedung selar di dalam rumahnya. Ular tedung selar atau dikenali sebagai King Cobra itu berjayaditangkap dalam masa beberapa minit sahaja dengan menggunakan alatan penjerut.
Ular King Cobra sepanjang 5 meter yang mempunyai bisa tahap tinggi itu dibawa ke PKOD Kuala Pilah sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara untuk tindakan selanjutnya.
Orang ramai turut meminta berhati-hati dan berwaspada dengan ancaman bahaya ataupun bencana, dan diminta untuk segera menghubungi talian kecemasan untuk mendapat bantuan.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA