Home Isu Semasa “Isteri kena jawab dengan anak, Hang pikiaq nafsu hang ja…” – Puteri...

“Isteri kena jawab dengan anak, Hang pikiaq nafsu hang ja…” – Puteri Sarah ‘sound’ Syamsul Yusof

142
0

Isu perkahwinan Puteri Sarah bersama Syamsul Yusof telah menjadi bualan orang ramai sejak beberapa bulan yang lepas. Baru-baru ini tular lagi apabila Syamsul Yusof telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah berkahwin buat kali kedua bersama Ira Kazar.

Menerusi laman Instagram milik Puteri Sarah iaitu puterisarahliyana menunjukkan beliau telah memuat naik ‘IG Story posting’ pada malam tadi. Puteri Sarah yang mengatakan bahawa beliau baru sahaja pulang dari ‘photoshoot’ lalu anak sulungnya iaitu Syaikhul Islam bertanyakan kepada beliau mengenai ayahnya yang berkahwin dua. Syaikhul juga bertanyakan bahawa itu kah punca ayahnya itu tidak pulang ke rumah sebelum ini dan bertanya mengapa ayahnya itu ada orang lain. Puteri Sarah yang marah disebabkan perbuatan suaminya itu telah memberi nasihat kepada lelaki-lelaki di luar sana agar jangan ‘selfish’ kerana pihak isteri yang akan menjawab persoalan anak-anak mereka disebabkan perbuatan hina ayah mereka.

Puteri Sarah juga mengatakan bahawa suaminya itu tidak fikir untuk menjawab kepada anak mereka, mereka hanya fikir nafsu dan “kepala otak” beliau sahaja.

“Ada terfikir tak kahwin lari Siam tu nanti anak tanya nak jawab apa? lelaki-lelaki dekat luar sana, sebelum nak perjuangkan poligami itu sunnah, belajar balik agama islam ya,” Katanya.

Lihat klip imej di bawah:

photo 2023 01 24 08 01 43

Sumber: Instagram

Previous article“Abang nak balik…” – Bekas suami sudah cerai talak 3 merayu tuntut talak
Next articleTemui King Cobra Bawah Sofa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here