Home Kehidupan “Tak Pernah Lagi Jumpa Org Digigit Memerang”- Rakaman Cemas Digigit Memerang

“Tak Pernah Lagi Jumpa Org Digigit Memerang”- Rakaman Cemas Digigit Memerang

182
0

Memerang ialah haiwan yang tinggal berdekatan air. Mereka adalah sebahagian daripada keluarga haiwan Mustelidae. Terdapat pelbagai jenis memerang, sebahagian tinggal dekat sungai dan di laut. Memerang hidup di setiap benua kecuali Australasia dan Antartika.

“Kena serang dengan Memerang. Pegi klinik & hospital, katanya tak pernah lagi jumpa org kne gigit memerang”

Baru-baru ini di tiktok milik @nurulainizzattiarjian tular sebuah rakaman di mana pemilik rakaman tersebut telah digigit seekor memerang. Kejadian berlaku di sebuah pantai di mana pemilik rakaman tertarik dengan sekumpulan memerang yang kelihatan sangat comel. Namun tidak disangka, seekor memerang tersebut meluru ke arah pemilik rakaman dan menggigit pemilik rakaman tersebut.

“Tadela tua tpi dewasa laa 😁 hehe.. eiiyaa mula ckp eii comelnyaa,, huh sekali dia dtg gigit.. seriau..”

Apabila berjumpa dengan doktor, doktor tersebut mengatakan bahawa dia tidak pernah lagi berjumpa dengan pesakit yang digigit oleh memerang.

“Mmg rekod baru ni.. smpai ubat pn dia kata gigitan anjing, monyet dan ular ade laa.. memerang tade lgi haha.. staff yg keje 20 tahun pn first time dpt”

“hospital pun hairan akak ni yg buat rekod baru”

“Teruk jgak laaa 4 lubang besar.. tak boleh jahit sbb bekas gigitan haiwan.. berdarah mengalir ngalir..”

Sehinggakan doktor tersebut bertanya sekali lagi adakah benar dia digigit memerang. Mujur ada rakaman yang dibuat oleh pemilik akaun tersebut.

“Bukti nak tunjuk kat doktor.. smpai 5 kali doktor tanya, awak yakin kne gigit dgn memerang.. ehh doktor ni..”

Lihat rakaman penuh di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen warganet :

@sarahisham : Mungkin kes akak penyebab nnti diorg research ubat utk gigitan memerang

@cik_bunga : gigit taring depan diaaa tajam tawww..so beware..hihii yg betoi2 jinak je leh bela jenis ni..

@rbf : Memerang ganas wo. Dengan ular pun dia fight

@pannn : jeritan dia cam horror je

@Ceo Kuali Racun tiktok : Akk pemegang rekod org pertama dlm Malaysia or daerah hospital yg akk pergi kene gigit memerang or meremang. smoga cpt smbuh kak … saya jnji x gelak

@z : aku dulu pernah casting tepi sungai pastu ada sekor memerang ni datang dekat aku lari la memerang tu kejar bai

Baca juga : Tiba-Tiba Ada ‘Benda’ Sejuk Atas Perut, Wanita Ini Kongsi Detik Cemas

Baca juga : Menyeramkan ! Seekor Jerung Telah Membunuh Seorang Gadis Remaja Di Sydney

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous article“Apa Punya Mesin Macamni” – Jujur Rupanya Penjual, Letak Rupa Sebenar
Next articleDenda RM1,000 bagi Ahli Parlimen yang mengeluarkan kenyataan seksual, perkauman di Parlimen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here