Home Hiburan Tak Dapat Tunai Manifesto, Bell Ngasri Mohon Maaf. Tidak Sangka Orang Ambil...

Tak Dapat Tunai Manifesto, Bell Ngasri Mohon Maaf. Tidak Sangka Orang Ambil Serius

192
0

Pelakon terkenal, Bell Ngasri yang baru sahaja memenangi anugerah Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-35 meminta maaf kerana tidak dapat menunaikan manifesto yang ‘dijanjikan’ sebelum ini.

Bell Ngasri berkata yang tidak menyangka gurauannya untuk belanja pengundi makan tengahari di bulan Ramadhan dijadikan sebagai perkara serius.

“Manifesto yang digunakan untuk berkempen itu adalah cadangan daripada rakan, tetapi saya tidak menyangka ia dipandang serius pula. Saya anggap ia sekadar gurauan saja.

“Apabila dijadikan sebagai manifesto kempen, saya berpendapat takkan mereka hendak makan ketika bulan puasa. Namun, saya tidak menyangka dan terlepas pandang ada dalam kalangan pengundi saya bukan beragama Islam.

“Jadi, saya termenung sekarang ini kerana tidak tahu bagaimana hendak memberikan maklum balas. Saya memang tidak sangka sebenarnya,” katanya.

Ujarnya lagi, dia meminta maaf dan berkata akan mengambil pengajaran atas perkara ini agar ia tidak berlaku lagi di masa akan datang.

Previous articleBertanding PRN Atas Tiket Bebas, sekali Baby Shima Mahu Berkhidmat Untuk Rakyat
Next articleIsteri Berpurdah Dan Tak Pandai Melawa, sekali Virgoun Dedah Sebab Cari Perempuan Lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here