Home Hiburan “Suara Dia Level Antarabangsa..”- Aina Abdul Dedah Pernah Tolak Tawaran Sertai America’s...

“Suara Dia Level Antarabangsa..”- Aina Abdul Dedah Pernah Tolak Tawaran Sertai America’s Got Talent

349
0

Nama Aina Abdul tidak perlu diperkenalkan lagi. Kekuatan vokal serta suara yang begitu merdu meletakkannya setaraf dengan penyanyi tersohor negara seperti Ernie Zakri, Siti Nurhaliza dan banyak lagi. Banyak lagu-lagu nyanyiannya yang menjadi trending bahkan lagunya berjudul Terus Hidup berjaya merangkul Anugerah Juara Lagu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Siapa sangka, rupanya Aina Abdul pernah menerima tawaran untuk menyertai pertandingan terkemuka Amerika Syarikat iaitu America’s Got Talent sekitar 9 tahun lepas. Namun begitu dia terpaksa menolak tawaran tersebut atas faktor komitment dan terikat dengan urusan yang tidak dapat dielakkan.

agt

“Dulu saya pernah dapat tawaran, tapi ketika itu saya terikat dengan satu komitmen lain yang memang tidak dapat dielakkan menyebabkan dengan berat hati saya terpaksa menolak.

“Lama dah tawaran itu, seingat saya sekitar tahun 2014, ketika saya mula berjinak-jinak dalam industri muzik.

“Mungkin tiada rezeki saya, Insha-Allah kalau ada peluang sekali lagi untuk saya beraksi di sana, saya dah bersedia dan memang teringin menyertainya,” katanya

Previous articleDidakwa Sedang Bercinta, sekali Posting Merqeen dan Ameera Khan Di Paris Raih Tumpuan Ramai
Next articlePernah Hampir Pengsan Ketika Show, Noh Salleh Ingin Berhenti Dari Industri Hiburan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here