Home Isu Semasa Suami Miera Leyana Nafi Dakwaan Tidak Beri Nafkah Pada Isteri Pertama

Suami Miera Leyana Nafi Dakwaan Tidak Beri Nafkah Pada Isteri Pertama

330
0

Suami kepada pelakon Miera Leyana iaitu Rosland Othman menafikan dakwaan dirinya di mana beliau mengabaikan nafkah terhadap ister pertama iaitu Adibah Abdul Mutalib. Rosland menafikan dakwaan tersebut apabila disoal oleh peguamnya, Nurul Balqis Nordin semasa prosiding perbicaraan kes di hadapan Hakim Abdul Fattah Datuk Kamarudin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Selain itu, Rosland juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Consolidated Industries Bhd milik syarikat Serba Dinamik telah mendakwa memberi nafkah sebanyak RM15,000 hingaa RM20,000 sebulan.

Beliau mengatakan sudah membeli barangan dapur seperti yang diminta dan semuanya lengkap seperti ansuran rumah, bil elektrik, perbelanjaan persekolahan dan kad kredit juga diberi olehnya.

“Tapi dia masih mengeluarkan kenyataan saya tidak bertanggungjawab” -kata Rosland Othman

Baca lagi: Nafkah bulanan Fatin Afeefa cecah 5 angka, Sekali ini respon suaminya

Baca lagi: Saari Amri Beri Teguran Kepada Dato’ Hattan, Buat Ramai Yg Setuju

Screenshot 2023 05 09 161038

Rosland turut mengatakan beliau mempunyai bukti dan transaksi yang dibuat kepada isteri pertama baik dari segi tunai mahupun perbelanjaan sekolah anak-anak. Beliau juga mengatakan keseluruhan jumlah yang diberi lebih RM15,000 hingga RM20,000.

“Dia masih mengatakan saya tidak bertanggungjawab dan tidak memberikan nafkah kepada anak-anak sedangkan saya masih beri walaupun saya tidak mengeluarkan kenyataan di media sosial, saya suka simpan fakta ini di mahkamah” -kata Rosland Othman

Screenshot 2023 05 09 162740

Sementara itu, Rosland memberitahu dia memfailkan nusyuz terhadap Adibah selepas wanita berusia 50 tahun itu dikatakan keluar rumah tanpa keizinan pada 24 September 2021. Dalam prosiding itu, Rosland memberitahu dia pulang awal ke rumah pada jam 6.30 petang hari kejadian untuk membawa anak mereka keluar namun Adibah tiada di rumah.

Beliau juga sudah beberapa kali meninggalkan pesanan kepada Adibah supaya tidak keluar rumah sebelum beliau sampai tetapi defendan (isteri pertama) ingkar dan bertindak menyekat nombor Adibah sehingga kini. Walaubagaimanapun Rosland akui tidak lagi memberi nafkah batik kepada isteri pertama atas sebab mereka sudah tida sefahaman lagi.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Ohmymedia

Previous article“Bangga Dgn Org Macam Ni”-Berusaha Walaupun Tak Sempurna..Tetap Rajin Cari Rezeki
Next article“Maafkan Saya, Saya Manusia Biasa..” – Akhirnya Aaron Aziz Tampil Minta Maaf
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here