Home Viral Shuib Dedah Reaksi Watie Selepas Kongsi Cerita Tentang Siti Sarah, Buat Ramai...

Shuib Dedah Reaksi Watie Selepas Kongsi Cerita Tentang Siti Sarah, Buat Ramai Yang Tak Sangka

332
0

Shahmira Muhammad atau lebih dikenali sebagai Shuib merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, penyampai radio dan usahawan Malaysia. Beliau dilahirkan pada 12 September 1984, berasal dari Johor Bahru, Johor.

Beliau juga berkahwin dengan penyanyi yang dikenali ramai iaitu Siti Sarah Raissuddin pada 26 Februari 2011. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata. Pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah meninggal dunia akibat jangkitan C0vid-19 di HUKM.

Screenshot 2023 08 17 103318

Pada 23 Jun 2023, Shuib berkahwin dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Watie Hanifiah dengan sekali nafaz. Pada majlis yang berlangsung sederhana itu, Shuib menyerahkan mas kahwin bernilai RM8,288 serta lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang.

Dalam video klip ini menunjukkan Shuib beri sedikit kata-kata kepada netizen yang mempertikai mengenai perasaan Watie apabila beliau berkongsi cerita tentang Siti Sarah padanya.

Shuib mengatakan Watie sememangnya tidak mempunyai masalah apabila beliau berkongsi cerita mengenai Siti Sarah padanya, malah jika sudah lama tidak bercerita, Watie sering bertanya jika dirinya dalam keadaan baik ataupun tidak.

Lihat klip durasi pendek respon Shuib:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat apa juga kata orang ramai:

@salinasamat2053: Baguslah anak2 rapat ngan ibu baru sbb yg dah pegi tak kn kembali lagi. Hya doa yg diharapkn buat arwah. Syuib bole simpan kenangan tp hati isteri yg baru pon patut di utamakn.

@iswandydahlan5254: Walaupn saya bkan lah peminat shuib..tp sesama saudara seislam aku doa kan agar rmah tanga kau bagia dan anak2 dpat kseh syang secukup nya…amin2

@hanitaabusamah9493: sampai mt pun tk kan move on.. Sentiasa dlm doa. Yg idup sama sama bahagia… Betui la

Netizen turut bersetuju dengan respon Shuib beri kepada orang yang mempertikaikan mengenai perasaan Watie, sedangkan mereka berdua sahaja yang tahu bagaimana sikap masing-masing dalam hubungan.

Perkongsian video klip ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 4.6K penonton dan 65 sukaan.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Youtube dan Instagram

[redirect url=’https://shope.ee/4AWqJUrocv’ sec=’5′]

Previous article“Biasalah. Saya Tengah Seronok Berniaga, Mana Boleh Orang Tengok Kita Senang..” – Ali Puteh
Next articleLelaki Dirompak & Kemaluan Dipotong Dengan Pisau
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here