Home Isu Semasa Lelaki Dirompak & Kemaluan Dipotong Dengan Pisau

Lelaki Dirompak & Kemaluan Dipotong Dengan Pisau

271
0

Seorang lelaki telah dirompak dan kemaluannya dipotong oleh sekumpulan lelaki sebelum mereka melarikan diri. Memetik laporan India Today, kejadian yang berlaku di Gurugram, India itu menyaksikan mangsa iaitu Dharmendra berjalan kaki ke tempat kerja pada malam Khamis.

Menurut mangsa, dia dirompak oleh empat orang lelaki yang kemudian bertindak memotong alat sulitnya menggunakan pisau sebelum melarikan diri.

Ketika saya berada berhampiran tempat perlindungan lembu, empat lelaki bertopeng menghalang laluan saya dan meminta saya menyerahkan wang tunai serta barang berharga. Mereka juga cuba merampas.

Apabila saya melawan, seorang daripada suspek mula menyerang saya dan mengelar kemaluan saya dengan pisau.

Dalam keadaan trauma, Dharmendra menghubungi abangnya untuk mendapatkan bantuan.

Polis kemudian mengesahkan bahawa mereka menerima panggilan daripada abang mangsa yang melaporkan tentang kejadian berkenaan.

Susulan itu, mangsa berusia 32 tahun tersebut telah menerima rawatan di hospital dan dilaporkan stabil.

Sementara itu, Penolong Pesuruhjaya Polis (Jenayah), Varun Dahita berkata pihaknya sedang mengenal pasti suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berikutan suspek masih lagi diburu oleh pihak polis.

[redirect url=’https://youtu.be/txDckYCyzm4′ sec=’3′]

Previous articleShuib Dedah Reaksi Watie Selepas Kongsi Cerita Tentang Siti Sarah, Buat Ramai Yang Tak Sangka
Next articleCekik Dan Lemaskan Anak Kembar Autisme Dalam Longkang Taman Permainan, Hukuman Bapa Mengejutkan Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here