Home Isu Semasa “Sharnaaz Ahmad Kuat Kerana Anak..” – Beri Ucapan Istimewa Tapi Pelik Kepada...

“Sharnaaz Ahmad Kuat Kerana Anak..” – Beri Ucapan Istimewa Tapi Pelik Kepada Anak

126
0

Sempena ulang tahun kelahiran, Jebat Jayden yang ke-4, Sharnaaz telah memuat naik sebuah video di akaun Instagram miliknya. Dia juga memberitahu dia lahir juga lahir pada hari yang sama dengan anaknya. Bukan itu sahaja, Sharnaaz turut meluahkan isi hatinya sebagai seorang bapa apabila dikurniakan seorang anak yang cerdik seperti Jebat. Menurut Sharnaaz, Jebat adalah kekuatan untuk dirinya dalam meneruskan kehidupan. Tambah Sharnaaz, apa yang diraih sekarang ini semuanya adalah disebabkan Jebat. Sharnaaz turut berterima kasih kepada Jebat kerana sentiasa memberi peluang dan menyayangi dirinya setiap hari.

Sebagai bapa, Sharnaaz berdoa agar Jebat menjadi anak yang kuat, bijak dan tidak membiarkan sesiapa sahaja mengambil kesempatan terhadap dirinya. Katanya, “Jadilah anak yang kuat, bijak dan sentiasa tidak bagi orang tunjal kepala kita”. Ujar Sharnaaz, dia berharap Jebat mampu berlawan untuk mendapatkan kebenaran dalam setiap apa yang dilakukan. Rakan artis dan peminat turut memberi ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat Jebat dan Sharnaaz. Mereka berharap anak dan bapa ini sentiasa sihat, dilimpahkan rezeki dan bahagia selalu. Netizen turut berharap mereka berdua banyak menghasilkan video yang kelakar selepas ini. Di ruangan komen, rakan artis iaitu Syukri Yahaya berjenaka dengan menanyakan Jebat, “nak hadiah tak, apa nama gf baru baba?”

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh:

Happy birthday Jebat Dan Sharnaaz Ahmad. Min doakan semoga kamu berdua diberikan kesihatan yang baik dan diberkati oleh Allah SWT. Komen yang baik-baik yaa..

Sumber Instagram Sharnaaz Ahmad

Previous article“No 1 Tu Siapa..”- Kongsi Klip ‘Ranking’ Kanak Kanak Jutawan, Netizen Terkejut Tgk Part Last
Next article“Perangai Hauk Betul..”- Tular ‘Habit’ Sebenar Shila Amzah Buat Netizen ‘Turn Off’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here