in

Seorang Remaja Menelefon Polis Mengaku Kesalahan Dirinya Buang Sampah Dalam Sungai

sinetronmalaya.com sampah

Sebuah video Tik Tok tular, di mana seorang pelajar kolej lelaki yang berpakaian jersi bola sepak berwarna biru keluar dari Perodua Ativa berwarna merah miliknya, mengambil beg sampah dari bonet kereta nya.

Tanpa berlengah, dia kemudian melempar beg plastik sampah tersebut ke dalam sungai dan pergi.Kejadian tidak sedap dipandang itu dipercayai berlaku pada Jumaat lalu (10 Feb).

Lihat video di bawah :

@budakk_kampungg

Ni di nama kan orang bodoh punye bnyak tong sampah kt malaysia ni kt sungai jgk kau nk buang sampah kemain bodoh lgi otak kau #kasiviral #foryoupage #fyp #bodohtakabis2

♬ bunyi asal – Budak_Kampung – Budak_Kampung

Tetapi, siapa sangka, pelajar lelaki yang berusia 19 tahun itu kemudiannya menghubungi polis dan mengaku melakukan perbuatan itu bagi membantu siasatan polis pada hari yang sama, lapor Harian Metro.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, siasatan mendapati pelajar itu membuang juadah India seperti ladoo dan barfi yang biasa digunakan sebagai sembahyang.

Lihat apa pula komen dari warganet :

sinetronmalaya.com sampah dn
Kes itu kini disiasat di bawah Peraturan 52 Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959 (Peraturan 52 LN 166/59), yang memperuntukkan denda sehingga RM300.

Saksi juga digalakkan menghubungi ketua penyiasat Inspektor Mohamad Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222.

Sumber : WeirdKaya

Avatar of Nur Fatihah

Written by Nur Fatihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sinetronmalaya.com Lgi Memalukan Bila Ada Lori Penguatkuasa Pasaipa Tak Mai Angkat Netizen aaa

“Lgi Memalukan Bila Ada Lori Penguatkuasa MPS, Pasaipa Tak Mai Angkat” -Netizen

SinetronMalaya.ComSujud

“Sujud Syukur Terus Lepas Dah Sampai”-Rakaman Aksi Pilot Tergolek Hiburkan Netizen