Home Isu Semasa Seorang Doktor Mangsa “Love Scam”Rugi Hampir RM94,000,

Seorang Doktor Mangsa “Love Scam”Rugi Hampir RM94,000,

149
0

Seorang doktor kerugian RM94,000 dalam penipuan cinta selepas berkenalan dengan lelaki warga asing menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata mangsa berusia 31 tahun mendakwa bertemu lelaki itu melalui Facebook dan meneruskan ‘persahabatan’ menerusi aplikasi WhatsApp.

Baca juga : Salah Seorg Pihak Polis Terima Panggilan ‘Scammer’, Skli Ini Respon Beliau

Baca juga : “Alhamdulillah Member Selamat,Hampir Dinodai Wanita Jadian”- Cust Scam Jantina

“Selepas dua minggu berkenalan, mangsa diminta membuat transaksi pembelian barangan secara dalam talian menerusi laman web (https://federalcreditwestunionbank.com).

sinetronmalaya.com lovescam sbdhs

 

“Mangsa kemudiannya mengklik pautan yang diberikan suspek di mana dia diminta memberikan maklumat peribadinya dan membuat beberapa transaksi menggunakan akaun peribadinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selepas melakukan beberapa transaksi, Mohamad Fakhrudin berkata, mangsa mendakwa akaunnya dibekukan tanpa sebab yang jelas.

Mohamad Fakhrudin berkata, wanita itu kemudian diminta membuat pembayaran bagi membolehkan akaunnya diaktifkan semula dan mengikut arahan dengan memindahkan wangnya berjumlah RM 23,701 ke beberapa akaun.

sinetronmalaya.com lovescam sbdn

“Bagaimanapun, wanita itu kemudiannya dimaklumkan bahawa jumlah itu tidak mencukupi dan dia dikehendaki membuat bayaran lain menggunakan Aplikasi Huobi,” katanya.

Mohamad Fakhrudin berkata, mangsa kemudian memasukkan wang ke dalam empat akaun berasingan menerusi aplikasi berkenaan.

Doktor hanya menyedari bahawa dia telah ditipu selepas diminta oleh ‘teman lelakinya’ untuk memindahkan wang ke akaun rakannya.

 

Sumber : The Borneo Post

Previous articleRupanya Ada Fakta Sains, Kenapa Tambah Budu Buat Makanan Jadi Lagi Sedap
Next articlePenghantar Food Panda Di Sabah Berjalan 7KM Untuk Menghantar Makanan, Kemudian Terkejut Dihadiahkan Basikal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here