Home Kisah rakyat “Semuanya Takkan Terjadi Kalau Pakai Carseat.. ” – Perkongsian Ibu Ini Buka...

“Semuanya Takkan Terjadi Kalau Pakai Carseat.. ” – Perkongsian Ibu Ini Buka Mata Ramai Pihak

241
0

Jumlah kematian yang membabitkan kanak-kanak dan bayi di Malaysia sangat tinggi. Bagi mengelakkan anak anak kecil anda ditimpa kecederaan parah apatah lagi kematian, kerajaan telah membuat satu formula undang-undang bagi membendungnya daripada menjadi semakin parah.

Kerajaan Malaysia telah mengarahkan JPJ untuk menguatkuasakan undang-undang car seat wajib 2020 untuk anak-anak anda yang mempunyai ketinggian kurang 135cm. Yang ingkar akan dikenakan saman jpj RM300

Menerusi halaman twitter, Samudera.my berkongsi tentang seorang ibu yang menceritakan pengalamannya semasa kemalangan. Ibu tersebut berkata yang tidak kira sebanyak mana kita berhati-hati, kemalangan tetap tidak dapat dielakkan. Tapi kita sebagai ibu bapa buat perkara yang asas untuk keselamatan anak-anak.

Ibu tersebut menceritakan pengalamannya di mana sebuah kenderaan 4×4 menghentam keretanya daripada belakang. Dalam kereta tersebut ada anaknya yang berusia 4 tahun dan seorang lagi baru sahaja 8 bulan. Alhamdulillah, mujur anaknya yang kecil diletakkan di dalam carseat. Anaknya yang berusia 4 tahu pula hanya terhantuk kepala tanpa kecederaan yang serius.

WhatsApp Image 2023 01 24 at 6.26.01 PM

WhatsApp Image 2023 01 24 at 6.26.02 PM

Anaknya yang kecil itu tidak tercampak dek kerana penggunaan carseat. Dia berharap sangat ibu bapa faham kepentingan penggunaan carseat. Dia bernasib baik kerana anaknya selamat, tetapi dia tidak akan bernasib baik jika dia tidak menggunakan carseat.

Sekrang harga carseat di pasaran tidaklah terlalu mahal, jadi kita mampu shaja untuk membelinya demi keselamatan anak-anak. Jika kita kehilangan anak, tidak kira sebanyak mana duit yang kita ada, ia tidak mampu untuk kembalikan mereka semula..

Diharapkan perkongsian ini dapat menyedarkan ibu bapa di luar sana untuk berwaspada dan mengambil langkah keselamatan untuk anak-anak kecil dengan menggunakan carseat.

Previous article“Ingat Nicki Minaj tadi…” – Gaya Nabila Huda persis artis Hollywood buat ramai terkejut
Next articleSelepas Ibadah Haji, Ini Adalah Perhimpunan Terbesar Umat Islam Di Atas Muka Bumi Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here