Home Dunia Selepas Ibadah Haji, Ini Adalah Perhimpunan Terbesar Umat Islam Di Atas Muka...

Selepas Ibadah Haji, Ini Adalah Perhimpunan Terbesar Umat Islam Di Atas Muka Bumi Ini

232
0

Kini, umat Islam sudah terbuka dan makin ramai yang mendekatkan diri dengan Allah dengan memasuki Jemaah Tabligh. Jemaah Tabligh (“Kelompok Penyampai”) dalam bahasa Arab ialah gerakan mubaligh Islam yang bertujuan untuk mengajak manusia kembali ke ajaran Islam yang menyeluruh.

Tujuan utama gerakan ini adalah untuk menerapkan kalimah iman Lailahailallah (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam diri dan kehidupan setiap Muslim.

Bukan sahaja pada golongan Islam saja, mereka juga mengajak yang bukan Islam untuk mengenali Allah dengan menerangkan bahawa Tuhan adalah Esa, Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

 

WhatsApp Image 2023 01 24 at 6.40.29 PM

Untuk pengetahuan, Jemaah Tabligh digerakkan pada akhir dekad 1920-an oleh Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi di Mewat, sebuah wilayah di India. Beliau mengabdikan hidupnya kepada dakwah Islam.

Selepas ibadah haji, perhimpunan ini merupakan perhimpunan kedua terbesar umat Islam. Ia diadakan setelah tiga tahun terhenti akibat Covid-19. Ijtimak itu dipenuhi dengan ceramah-ceramah agama oleh ulamak-ulamak dari seluruh dunia. Lebih 3 juta jemaah tabligh dari seluruh dunia membanjiri wilayah Tongi, Bangladesh.

WhatsApp Image 2023 01 24 at 6.40.29 PM 1

Tujuan hanya satu iaitu untuk kembalikan umat ini menegakkan agama dari diri dan umat ini seperti ditinggalkan oleh Rasulullah dan sahabat-sahabat.

Ia juga mengumpulkan pelbagai individu tanpa mengira pangkat dan darjat, dalam satu suasana yang cukup sederhana.

 

Previous article“Semuanya Takkan Terjadi Kalau Pakai Carseat.. ” – Perkongsian Ibu Ini Buka Mata Ramai Pihak
Next article“Mencari Itu Tidak, Rezeki Jangan Ditolak..” – Lelaki Ini Kongsi Keindahan Beristeri Dua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here