Menerusi hantaran di TikTok, Alif berkongsi satu video yang memaparkan muzik video lagu sulung mereka yang berjudul Teristimewa. Menurut Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani, dia berharap agar lagu itu dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada pendengar.
Lagu Teristimewa akan dilancarkan pada esok hari (Sabtu), 6 Januari, jam 9 malam di Youtube The HH Family.
View this post on Instagram
Di ruangan komen, netizen bersimpati dengan Aisyah yang didakwa menjadi mangsa konten. Di samping itu, netizen turut kasihan dengan isteri kedua Alif, Fatin Umaidah Ramli yang masih ‘disembunyi.’
Bagaimanapun, ada juga segelintir yang merasakan kisah kahwin dua ini sekadar taktik pemasaran.
Terdahulu, Alif mengumumkan dia sudah bernikah kali kedua di media sosial. Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga. Manakala, Aisyah turut mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.