Home Isu Semasa “Selangor FC Sedia Berdepan Dengan Apa Jua Tindakan…” – Sultan Selangor Titah...

“Selangor FC Sedia Berdepan Dengan Apa Jua Tindakan…” – Sultan Selangor Titah Utamakan Keselamatan Pemain

83
0

Keputusan Selangor FC untuk menarik diri dari Perlawanan Sumbangsih telah disokong oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut laporan Berita Harian, susulan insiden Faisal Halim yang disimbah asid, Sultan Selangor berpendapat bahawa keputusan pasukan Selangor FC untuk tidak menyertai perlawanan tersebut adalah tepat. Selaku penaung kelab ini, baginda juga menyatakan bahawa keadaan mental pemain juga turut mendorong keputusan demikian.

“Baginda turut menegaskan bahawa Selangor FC sedia berdepan dengan apa jua tindakan, susulan daripada keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan ini…”

“Baginda bertitah, keutamaan ketika ini adalah nyawa serta keselamatan pemain, dan bukannya untuk memenangi piala berkenaan…”

“Baginda juga mahu semua pihak memahami bahawa tahap keseriusan insiden yang membabitkan nyawa pemain sebegini adalah tidak sama dengan kes-kes sebelum ini, apatah lagi ia berlaku sangat hampir dengan tarikh perlawanan…”

Dalam kenyataan yang dikongsi, baginda juga turut meluahkan rasa kecewa kerana Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menolak permohonan penangguhan perlawanan berkenaan.

Betul tu, keselamatan pemain lagi penting daripada perlawanan. Didoakan semua berjalan dengan lancar buat Selangor FC.

Sumber: Berita harian

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Mu Masuk Tempat Boss B, Mu Tokleh Tubik Doh…” – Cik B
Next article“Saya Elak Berlakon Dengan Dia.. ” – Ummi Nazeera Reject Aliff Aziz?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here