Home Dunia Sekolah Agama Bakal Ditutup, Ada Pihak Berniat Timbul Kegelisahan Umat Islam

Sekolah Agama Bakal Ditutup, Ada Pihak Berniat Timbul Kegelisahan Umat Islam

207
0

PUTRAJAYA: Dakwaan sekolah agama oleh pihak tertentu kononnya kerajaan memberi amaran kepada sekolah agama persendirian dan diarah keluar dari premis masing-masing adalah tidak benar sama sekali serta berniat menimbulkan kegelisahan dalam kalangan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, malahan kenyataan beberapa pihak yang mendakwa sekolah agama di negeri Selangor diarah tutup adalah kenyataan tidak berasas serta satu tuduhan tidak bertanggungjawab.

Menurut beliau, Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) Persendirian Negeri Selangor dibangunkan dan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2021 bertujuan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan para pelajar dan seluruh warga institusi tahfiz persendirian.

Ia susulan kejadian kebakaran sehingga melibatkan kemalangan jiwa di sebuah sekolah agama persendirian di Kuala Lumpur pada tahun 2017.

“Inisiatif ini diambil sebagai langkah supaya tragedi meragut nyawa tidak berulang lagi di mana-mana sekolah agama di negeri Selangor.”

“Pada masa sama, penguatkuasaan Garis Panduan tersebut mendapat kerjasama daripada Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) yang dianggotai 478 institusi Sekolah Agama Persendirian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

naim pc

Menurut Mohd. Na’im, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah dimaklumkan sejak 2021 bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Kerajaan Negeri menetapkan pihak sekolah perlu memenuhi syarat pendaftaran melalui Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama yang dikeluarkan.

Jelasnya, kelonggaran sudah diberikan kepada pihak sekolah selama dua tahun dan dalam tempoh ini, pihak JAIS mengeluarkan pendaftaran lanjutan kepada pihak sekolah bagi memberi peluang mereka mendapatkan ulasan daripada agensi berkaitan.

“Semua pihak digesa supaya merujuk isu ini kepada pihak berautoriti supaya fakta dan konteks sesuatu isu itu tepat serta jelas,” katanya.

Sebelum ini beberapa pihak mendakwa Selangor sedang dalam proses menutup ratusan sekolah agama persendirian dan ia dikaitkan dengan DAP.

Bagaimanapun kerajaan negeri menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan langkah berkenaan dibuat selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu semua institusi terbabit didaftarkan di JAIS.

Ia antara lain, sesebuah sekolah agama persendirian dikehendaki mematuhi beberapa syarat yang membabitkan aspek keselamatan.

Sumber: Utusan

 

[redirect url=’https://youtu.be/txDckYCyzm4′ sec=’3′]

Previous articleRosmah Dapat Pasport Ke Singapura, Lawat Anak Sulung Dijangka Bersalin
Next articleNonny Nadirah Kena Sihir, Sekali Ini Respon Beliau Beri Pada ‘Penghantar’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here